Tiger Woods mengaku curang


LOS ANGELES: Jaguh golf, Tiger Woods semalam mengaku mengecewakan keluarganya dan memohon maaf kerana curang terhadap isterinya.

Woods membuat pengakuan itu selepas seorang pelayan koktel mendakwa mereka menjalinkan hubungan intim selama 31 bulan, termasuk mengadakan seks 20 kali.

Woods, 33, dalam pengakuannya itu mengaku dia ‘berdosa’ dan memuji isterinya, Elin, ibu dua anaknya, kerana memahami keadaannya.

Dia berikrar untuk menjadi suami dan bapa lebih baik di samping memohon maaf kepada peminatnya yang terkejut berikutan pendedahan mengenai kehidupan peribadinya.

Sebelum itu, pelayan koktel berkenaan, Jaimee Grubbs mendakwa menjadi perempuan simpanan bintang golf dunia itu.

Menurut Jaimee, dia menyimpan rakaman perbualan telefon dan lebih 300 mesej pesanan ringkas dihantar Woods sepanjang tempoh mereka menjalin hubungan sulit.

“Baru bulan lalu Woods membisikkan kepada saya bahawa kami akan terus bersama.

“Daripada kenyataan itu, saya menganggap Woods dan isterinya kini tidak lagi tidur sebilik,” katanya.

Pendedahan Jaimee dibuat beberapa hari selepas Woods terbabit dalam kemalangan jalan raya – dikatakan kerana dikejar isterinya yang mengetahui tembelangnya.

Ketika itu, isteri Woods, Elin Nordegren, 29, berang kerana Woods dikaitkan dengan pelayan kelab malam, Rachel Uchitel.

Kata Jaimee, 24, hubungan seks pertamanya dengan Woods berlaku di sebuah hotel di San Diego, tetapi tiada tarikh diberikan.

“Selepas berasmara, Woods seperti mahu saya pergi.

“Katanya, dia sukar tidur jika ada seseorang berkongsi katil dengannya,” katanya.

Sepanjang perkenalannya, Woods tidak pernah berborak mengenai golf, sebaliknya mengadu kesukaran dialami dalam hidupnya. – AP

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Hantaran hati


Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

GARAPAN menarik bagai melengkapkan majlis perkahwinan termasuk pelbagai bentuk sulaman, gubahan dan segala kelengkapan barangan perkahwinan.

Menurut pereka hiasan Eqien Wedding Market, Centrum Setiawangsa, Mohd Yazid Ismail, gubahan yang penuh perincian, berseni, ditatah penuh ketelitian dan memiliki aura tersendiri mampu membuatkan ramai terpegun sama ada menerusi suntikan gaya klasik serta kontemporari.

“Kebanyakan gubahan mengutamakan sesuatu yang cantik dan ada nilai tersendiri. Ia sering dihasilkan berasaskan barangan seperti kotak, bakul, rekaan basikal kecil atau apa saja barangan yang boleh diberikan sentuhan tersendiri.

“Tidak dinafikan untuk menghasilkan setiap lakarannya, kebanyakan pekerja atau pereka mempunyai kreativiti yang amat tinggi,” katanya menambah, butik berkenaan menyediakan hasil kerja memberangsangkan selain memberi pilihan mengikut cita rasa pelanggan.

Eqien Wedding Market hasil cetusan pemiliknya, Norhazinatul Shida Hassan, adalah pusat sehenti bagi persiapan dan kelengkapan pengantin yang semakin mencuri tumpuan ramai biarpun usianya baru setahun jagung.

Barangan perkahwinan seperti gubahan dan bunga-bungaan di pusat sehenti terbabit didapati dalam pelbagai pilihan, membolehkan pelanggan memilih konsep yang hendak diutarakan menepati cita rasa mereka.

“Kami memberi cadangan atau lakaran tertentu kepada pelanggan tetapi mereka mungkin ada perancangan tersendiri untuk membuat rekaan gubahan dikehendaki.

“Asas terpenting tidak lari daripada bunga-bungaan dan bakul manakala pelanggan boleh memilih dengan tawaran harga berpatutan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan khidmat serta hasil kerja ditawarkan.


Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.
Dikirim dalam Pernikahan. 1 Comment »

Kahwin guna bahasa isyarat

Oleh ANIZA ZAINUDIN

KUALA LUMPUR: Biarpun menggunakan bahasa isyarat, majlis akad nikah pasangan orang kurang upaya (OKU), Nurzaihan Mustapha, 28, dan Qistina Lau Li Cheng, 30, di Rumah Badan Kebajikan Islam Taman Tun Dr Ismail (Bakti), di sini, semalam, berjalan lancar.

Selepas dua kali lafaz, Nurzaihan dan Qistina yang cacat pendengaran dan pertuturan, sah suami isteri setelah enam tahun berkenalan.

“Saya gembira kerana kini sah menjadi isteri Nurzaihan,” kata Qistina yang diterjemahkan oleh Hafidah Awaludin dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) sebagai penterjemah.

Qistina, 30, seoramg pereka grafik di Puchong mula mendalami Islam sejak 2008 dengan tunjuk ajar Nurzaihan serta rakan sebelum memeluk Islam.

Katanya, tingkah laku dan kesabaran suami banyak membantunya mendalami Islam. Qistina yang berbangsa Cina mempunyai ibu bapa dan dua kakak yang juga cacat pendengaran.

“Keistimewaan Qistina adalah sikap positif, sering memberi galakan ketika saya perlukannya di samping raut wajahnya yang jelita,” kata Nurzaihan pula.

Nurzaihan juga seorang pereka grafik menyediakan mas kahwin seutas rantai emas bernilai lebih RM300 bersama wang hantaran RM5,000.

Pasangan berkenaan dinikahkan kadi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zulkeffly Adimun, disaksikan ahli keluarga kedua-dua pihak.

Pengantin yang kelihatan berseri merancang memiliki dua orang cahaya mata.

Turut hadir penasihat MFD, Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali dan Mejar Jeneral Datuk Mohd Ali Wayat.


Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tranformasi sirih junjung


Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

DALAM adat perkahwinan Melayu, selain tarikh, mas kahwin dan wang hantaran, perkara penting yang dibincangkan ialah barang hantaran.

Barang hantaran yang bermaksud hadiah kepada pasangan, biasanya diketuai jambangan sirih junjung yang dianggap simbolik kepada penyatuan dua hati.

Walau bagaimana moden sekali pun perkahwinan itu, hantaran sirih junjung tetap dibawa bersama barang hantaran lain seperti baju, kasut, beg, haruman dan manisan.

Selari cita rasa moden, sirih junjung yang dahulunya direka penuh berseni dan tradisional menerusi gaya lipatan dan bahan digunakan kini digubah menjadi lebih moden, abstrak dan pelbagai.

Kini, hantaran turut berkonsep menerusi warna ditentukan pasangan pengantin. Konsep moden, Inggeris dengan sentuhan tradisional menjadi pilihan. Warna seperti perak, emas, firus, hijau epal, putih, merah samar malah untuk kelihatan unik, ada juga yang memilih hitam.

Jika dulu gubahan hanya bergantung kepada daun sirih semata-mata tanpa bunga-bungaan segar, kini pengantin lebih menyukai gubahan berkonsep moden menerusi pemilihan bunga segar dan hanya menyelitkan beberapa helai daun sirih yang dibentuk cantik.

Malah sekali pandang gubahan ini nampak seperti bunga meja.

Kepelbagaian gubahan sirih junjung mengikut cita rasa penggubah. Biasanya daun sirih disusun mengembang pada bahagian bawah sama ada disusun selapis atau lebih kemudian semakin mengecil pada hujungnya.

Bunga segar disulam pada celahan daun sirih menjadi gubahan yang sangat cantik dan berseni. Bunga kapur, pinang dan gambir disorok pada celahan lipatan daun sirih.

Sekiranya perjalanan jauh, percikkan sedikit air pada sirih dan kuntuman bunga segar supaya tidak layu. Ini memastikan gubahan sirih junjung tetap segar dan cantik diterima mempelai.

Langkah demi langkah:

  • 1 – Bahan diperlukan iaitu sirih, gabus, dawai bunga, lidi, reben, kertas pelilit, bekas lilin, bunga segar, bunga kapur, pinang dan cengkih.
  • 2 – Ikat reben pada gabus basah kemudian letakkan pada bekas lilin.
  • 3 – Ambil empat daun sirih cucuk pada dawai.
  • 4 – Daun sirih yang sudah dicucuk dawai diletakkan mengelilingi gabus menjadi bulatan.
  • 5 – Ambil bunga segar kemudian cucukkan pada gabus menjadi satu gubahan yang indah. Gubahan bergantung kepada kreativiti masing-masing.
  • 6 – Untuk kelainan, ambil epal hijau kemudian cucuk berselang-seli bersama kuntuman bunga.
  • 7 – Untuk bahagian atas, lipat daun sirih bersama lidi yang dibalut dengan reben rona perak.
  • 8 – Cucuk sirih pada gabus diselangselikan dengan bunga segar kemudian penuhkan dengan kuntuman bunga putih.
  • 9 – Lekatkan reben hijau pada bekas lilin.
  • 10 – Sirih junjung untuk diberikan kepada mempelai. Warna bergantung kepada tema majlis perkahwinan. Begitu juga penggunaan bunga-bungaan segar, terpulang kepada kreativiti masing-masing.

  • Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

    Persiapan hari kahwin hangus

    Oleh Irma Ernany Mohd
    am@hmetro.com.my

    ALOR SETAR: Hasrat seorang ibu untuk mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya tidak kesampaian apabila rumah mereka musnah dalam satu kebakaran yang turut membabitkan lima rumah lain di Kampung Gunung Sali, semalam.

    Mangsa, Che Norma Mad Lazim 48, berkata majlis perkahwinan anaknya, Yusnisar Yusuf, 23, sepatutnya berlangsung 25 Disember ini namun terpaksa dibatalkan berikutan rumah didiami bersama sembilan ahli keluarga lain hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu.

    “Selain hantaran yang sudah siap digubah, pakaian pengantin, kad undangan perkahwinan, bunga telur serta gelang perkahwinan bakal pengantin perempuan bernilai RM2,000 habis terbakar.

    “Mujur wang hantaran disimpan dalam bank, jika tidak saya tak tahu apa akan terjadi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

    Katanya, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan di Mahkamah Alor Setar dan hanya anaknya, Yusma Putri Yusuf, 17, bersama tiga cucu, Intan Shafinaz Mohd Tamimi, 15, Mohd Daniel Hakimi Tukiman, 3, dan Shasha Shahira Tukiman, 1 tahun 8 bulan, berada di rumah.

    Yusma berkata, ketika kejadian dia menonton televisyen bersama anak saudara sebelum terdengar bunyi bising jirannya yang menjerit api dari luar rumah.

    “Bila saya keluar rumah saya lihat api marak di rumah jiran dan saya segera masuk ke rumah untuk membawa anak saudara keluar,” katanya.

    Seorang lagi mangsa, P Chandrasegeraan, 34, berkata dia tiada di rumah kerana bekerja di kilang berhampiran.

    Katanya, dia terdengar bunyi siren jentera bomba selain ternampak asap tebal dari arah kampungnya menyebabkan dia pulang ke rumah.

    “Sampai di rumah saya lihat rumah saya turut terbakar. Saya terus mencari ibu, M Paychiye dan anak saya, Denish di kawasan berhampiran. Mujur mereka selamat dan tidak cedera.

    “Rumah saya hangus terbakar dan kami tidak sempat menyelamatkan harta benda. Selain kerugian kira-kira RM30,000, saya bingung di mana mahu tinggal selepas ini,” katanya.

    Seorang lagi mangsa, Chan Boo Huat, 50, berkata dia bernasib baik kerana keluar rumah bersama isteri 15 minit sebelum kebakaran dan berpatah balik selepas dihubungi jiran.


    Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

    Cinta monyet ke jenjang pelamin

    Oleh Norhayati Nordin
    yati@hmetro.com.my

    Apapun, situasi ini nyata tidak berlaku dalam hubungan cinta pasangan pengantin baru, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 24 atau Razlan (Kristal) dengan gadis pilihannya, Nur Sheila Hassim, 24. Siapa sangka, hubungan cinta zaman sekolah mereka bertahan 10 tahun.

    Sedekad menyulam cinta, adakala ceria dan juga dirundung sedih. Lebih-lebih lagi, apabila karier Razlan sebagai vokalis utama kumpulan rock Kristal. Pastinya, gosip liar mudah saja mendekati pemuda itu.

    Apapun, cinta sejati Razlan dan Nur Sheila tidak tergugat. Sekalipun pernah dikaitkan menjalin cinta dengan ‘seseorang’, namun Nur Sheila tetap yakin yang jodohnya. Justeru, Sabtu lalu dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri.

    Dengan status baru sebagai ‘suami orang’, Razlan kelihatan cukup kacak dengan imej baru, berambut pendek. Demi kasih terhadap Nur Sheila, jiwa ‘rock’ Razlan luntur apabila sanggup memotong rambutnya. Apakah rambut pendek akan menjadi imej Razlan?

    Razlan yang ditemui selepas majlis persandingan di kediaman pengantin perempuan di Kampung Sri Aman, Puchong, kelmarin berkata, sebagai artis dia perlu ada imej tersendiri dan mungkin buat masa ini, rambut pendek adalah imej barunya.

    “Tidak semestinya saya perlu berambut panjang sampai bila-bila. Apa yang pasti, saya berambut pendek ini kerana bernazar. Sebelum mengahwini Nur Sheila, saya pernah berniat memotong rambut jika dijodohkan dengannya. Justeru, apabila impian ini terlaksana, saya akur dengan ‘janji’ yang pernah dilafazkan.

    “Buat masa ini, saya berambut pendek tetapi tidak tahu sampai bila. Namun, saya gembira kerana ‘cinta monyet’ kami tidak perlu disangkal lagi. Bahkan, kami juga bersyukur pada Tuhan kerana membuktikan cinta yang lahir ini berakhir di jinjang pelamin.

    “Harapan saya kini supaya mahligai dibina ini terus kukuh sehingga ke akhir hayat kami,” katanya.

    Popular dengan lagu Memburu Impian, Razlan berkata dia dan isteri juga tidak pernah merancang mengenai cahaya mata. Jika ditakdirkan mereka dikurniakan cahaya mata pada masa terdekat, mereka akan menerimanya dengan hati terbuka. Lambat pun tidak mengapa.

    Sementara itu, Nur Shelia yang manis bersongket kuning di sisi Razlan, menyifatkan suaminya itu lelaki setia pada cinta. Katanya dalam tempoh yang lama menyulam kasih, mereka tidak pernah sekalipun putus hubungan.

    “Selama bercinta dengan Razlan, dia amat setia. Apabila ada masalah kami sering berbincang dan kerana itulah cinta kami tidak goyah. Begitu juga dengan gosip cinta Razlan, saya tahu perkara itu tidak benar dan hanya khabar angin.

    “Saya tidak percaya kerana ketika gosip itu hangat diperkatakan saya tahu di mana Razlan dan bersama siapa. Jadi mengapa saya masih hendak percaya gosip itu. Kini, saya syukur semuanya selamat.

    “Selain itu saya juga tidak kisah Razlan berambut pendek atau panjang. Pada saya, apa yang lebih penting adalah hatinya. Saya berdoa supaya rumah tangga kami sentiasa harmoni dan berkekalan selamanya,” katanya.

    Selaku pengurus kumpulan Kristal, Nur Sheila berkata hubungan terjalin dengan Razlan sebelum bergelar artis, cukup membuat Nur Sheila memahami karier suaminya itu. Katanya mereka akan menguruskan rumah tangga itu seperti hubungan 10 tahun lalu.

    Pada majlis persandingan kelmarin, Razlan turut menghiburkan tetamu dengan menyanyikan lagu Memburu Impian. Terdahulu, kumpulan Butterfly mendendangkan dua lagu. Bagi melengkapkan atur cara majlis, pengantin memotong kek perkahwinan.

    Sehubungan itu, pada majlis pernikahan mereka, Nur Sheila menerima mas kahwin sebanyak RM222.22 dan wang hantaran RM22,222.22. Pasangan pengantin baru itu juga turut berbalas 11 dulang hantaran antara satu sama lain sebagai simbolik perkahwinan.


    Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

    Pengantin ziarah ayah di wad

    MELAKA: “Saya amat tersentuh hati apabila ayah tidak berpeluang menyaksikan majlis persandingan saya di rumah kerana terlantar di wad sejak petang Aidiladha lalu.”

    Begitu kata pengantin lelaki, Mohd Sani Rabin, 27, mengenai perasaannya terhadap nasib bapanya, Rabin Salim, 71, yang tidak dapat meraikan bersama majlis perkahwinannya bersama isterinya, Norliza Abdullah, 26, dari Seri Manjung, Perak.

    Beliau yang berasal dari Kampung Bukit Tembakau, Umbai, berkata bapanya kini berada dalam keadaan koma.

    Katanya, meskipun majlis persandingannya berjalan lancar, namun terkilan tanpa bapa tersayang untuk bersama-sama ahli keluarga lain meraikan hari penuh bermakna buat dirinya yang berlangsung semalam.

    Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.
    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.