Pasangan sejenis pertama berkahwin di Vermont

02/09/2009 3:07am

DUXBURY Vermont 2 Sept. – Selepas 17 tahun tinggal bersama, Bill Slimback dan Bob Sullivan tidak mahu menunggu walau satu minit untuk berkahwin.

Undang-undang baru Vermont yang membenarkan perkahwinan sejenis baru berusia seminit dan mereka mengikat tali perkahwinan pada tengah malam itu, menjadi pasangan pertama yang berkahwin secara sah di bawah undang-undang yang berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Vermont ialah negeri kelima yang membenarkan pasangan sejenis berkahwin, negeri-negeri lain ialah Massachusetts, Connecticut, New Hampshire dan Iowa. – AP

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.
Dikirim dalam Pernikahan. 1 Comment »

Confessions of a Wedding Planner: 5 Signs a Couple Will Crash and Burn

After witnessing 50 to 80 weddings per year (and being exposed to behaviors that a couple doesn’t always reveal to others), a wedding planner has identified some signs that scream “Red flag!” Here, she spills the predictors of whether a couple will live happily ever after or bite the dust.

1. The Bride Refuses to Let the Groom Choose the Cake

“Brides are almost always more interested in the minutiae of wedding planning than grooms are. But when I encounter a woman who refuses to relinquish any control to her fiancé, it doesn’t bode well. I can think of a few instances in which the woman ruled the event with an iron fist and the couple ended up in divorce court a few years later. Basically, they weren’t able to make decisions together.”

Want the flip side to each of these signs? Read the complete article on Cosmo’s official website.

2. The Groom Lets His Mom Call the Shots

“Most of my brides involve their moms in the planning process, and why wouldn’t they? It’s like having a second planner for free. But sometimes, grooms’ mothers try to muscle in too, which is something I’ll never understand. Not only is it inappropriate, but it’s up to her son to tell her that.”

3. The Bride Blows Half the Budget on Her Dress

“Weddings are pricier than ever, and money-related issues can cause a lot of undue tension. So when a bride goes behind her groom’s back and splurges on a big-name dress or expensive flower arrangements, I start to get nervous. It’s a huge sign that she doesn’t respect him and refuses to compromise…and trust me, those tendencies don’t disappear after she walks down the aisle. I have worked with tons of couples who fought viciously over the wedding budget and learned later that many of them continued to argue and eventually split.”

4. The Bride Freaks Over the Groom’s Bachelor Party

“I’ve seen some women wig out about the possibility of her guy having a boys’ night at a strip club. One client of mine even threatened to leave her fiancé if he had a bachelor party. But my motto is: If you can’t trust him, why the hell are you walking down the aisle?!”

Wondering how wild typical prewedding bashes can get? Read Cosmo’s Confessions of a Bachelor Party Stripper.

5. The Bride and Groom Fight in Front of Me

“No matter how in love two people may be, planning a ceremony and reception is overwhelming and will no doubt cause a few tiffs. But warning bells immediately start ringing for me if the couple gets really heated with each other in my presence. Arguments are private, and dragging me into them shows that there is a lack of respect for each other and for their bond.”

Ini adalah keratan dari Cosmopolitan.com, on Mon Jun 22, 2009 8:58am PDT untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Pesta perkahwinan Rio Ferdinand bernilai £5 juta


FERDINAND dan Rebecca.

LONDON – Bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Rio Ferdinand membiayai majlis perkahwinannya yang dianggarkan melibatkan kos sehingga £5 juta (RM29.34 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Pemain itu sudah menempah resort bertaraf lima bintang di Kepulauan Caribbean bermula pada Rabu ini sehingga Isnin depan.

Ferdinand akan menginap di sebuah resort lain di atas sebuah bukit dengan kos £50,000 (RM292,404) seminggu.

Sambutan hari bahagia itu akan bermula esok apabila Ferdinand dan bakal isterinya, Rebecca Ellison akan terbang ke Pulau Peter di Caribbean dengan menaiki sebuah jet peribadi bersama anggota keluarga dan rakan terdekat.

Satu sumber memberitahu: “Rebecca tidak suka menjadi tumpuan ramai menyebabkan hari bahagia mereka tidak terikat dengan sebarang urusan perjanjian dengan majlis eksklusif.

“Ferdinand sudah membiayai semua kos perkahwinan.”

Kos berjumlah £5 juta itu ialah sama dengan perbelanjaan perkahwinan seorang lagi bintang bola sepak kelab MU iaitu Wayne Rooney dengan isterinya. – Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Majlis perkahwinan terapung


FINNEGAN dan Fulmor meraikan majlis perkahwinan mereka dalam keadaan terapung.



NEW YORK – Sepasang pengantin iaitu Noah Fulmor dan Erin Finnegan mencipta sejarah apabila mereka berkahwin dalam pesawat Boeing yang memiliki kabin graviti sifar menyebabkan kedua-duanya terapung-apung, lapor sebuah akhbar semalam.

Perkahwinan itu berlangsung beberapa ribu meter dari ruang udara Teluk Mexico dengan pihak penganjur menyifatkannya sebagai majlis perkahwinan graviti sifar pertama di dunia.

Pasangan tersebut dan tetamu berada di dalam sebuah pesawat Boeing 727-200 milik syarikat ZERO-G yang direka khas untuk menghasilkan suasana graviti sifar seperti di angkasa lepas pada Sabtu lepas.


DUA kakitangan syarikat ZERO-G membantu Finnegan (dua dari kanan) dan Fulmor bercium di kabin graviti sifar.



Bagaimanapun, Fulmor mengaku dia mengalami masalah untuk mencium isterinya kerana tubuh mereka berada dalam keadaan terapung.

“Majlis perkahwinan ini lebih pelik daripada jangkaan asal,” kata Finnegan.

Bagi menghasilkan pengalaman graviti sifar tanpa perlu ke angkasa lepas, pesawat berkenaan melakukan gerakan parabola dengan mendaki tinggi di angkasa sebelum menjunam beberapa kali. – Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Majlis Perkahwian Zamarul — Diana

Oleh HARYATI KARIM haryati.karim@kosmo.com.my

PERCINTAAN selama lapan tahun antara pasangan selebriti Diana Rafar, 27, dan Zamarul Hisyam, 38, akhirnya dinoktahkan dengan sebuah ikatan pernikahan pada pagi Sabtu lalu sambil disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak.

Mereka telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khairuddin Haiyon yang mewakili wali pihak perempuan iaitu abang Diana, Airul Azmi Rafar dengan mas kahwin sebanyak RM165 di masjid yang sama. Dengan sekali lafaz, Diana secara sah menjadi milik mutlak Zamarul.

Apa yang menariknya, Diana yang menerima wang hantaran sebanyak RM16,500 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan turut menjadi ‘ibu segera’ sebaik bergelar isteri kepada Zamarul yang mempunyai dua orang anak lelaki, Izzat Haiqal, 10, dan Iqmal Haiqal 7, hasil perkahwinan terdahulunya.

Menurut Diana, meskipun mendapat anak ‘segera’ dia tidak pernah menganggap ia sebagai satu bebanan kerana telah mengenali anak tirinya itu sejak tahun pertama mereka bercinta, tambahan dia sudah biasa menjaga 13 orang anak buahnya.

“Rasanya tidak ada apa-apa masalah kerana hubungan saya baik dengan anak sulungnya yang dipanggil Aboy. Saya rapat dengan Aboy yang dijaga ibu Zamarul sendiri dan keluarga juga menyenangi kehadirannya apatah lagi wajahnya ada iras-iras anak buah saya sendiri.

“Dia pun jenis yang tidak banyak kerenah, mungkin sebab sudah biasa hidup berdikari. Lagipun, kalau saya dan Zamarul bergaduh, dialah yang jadi orang tengah untuk rapatkan kami semula. Sebab itu kami rapat,” ujarnya yang belum pernah bertemu dengan anak kedua Zamarul yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.

BERSYUKUR kerana akhirnya impian untuk membina rumah tangga menjadi kenyataan.

Zamarul juga menyatakan tiada bantahan daripada anak-anaknya terhadap perkahwinan itu, malah anak sulungnya yang dipanggil Aboy, diibaratkan seperti kawan baik Diana. Aboy yang mahukan mereka segera berkahwin.

“Aboy ibarat kawan baik Diana. Memang dia sangat mahukan kami berkahwin. Malah, dia asyik bertanya bila dia akan dapat adik baru,” katanya dalam senyuman.

Apabila ditanya mengenai perkahwinan kali kedua bapanya, Izzat yang hadir pada majlis pernikahannya itu turut melahirkan rasa gembiranya terhadap perkahwinan itu dan berasa senang dengan kehadiran ibu baru dalam keluarganya.

“Saya suka dengan mama, dia baik. Kalau boleh lepas ni saya nak adik perempuan,” ujarnya yang petah berbicara.

Sejurus selepas upacara pernikahan berakhir pada sebelah malam hari yang sama, majlis persandingan sebelah pihak perempuan berkonsepkan perkahwinan dalam taman berlangsung dengan meriahnya di Bougainvilla Garden, Shah Alam.

Ramai tetamu yang hadir pada majlis persandingannya termasuklah rakan-rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Maria Farida, Fazura, Zizan Nin, Datuk A. Rahman Hassan, Zizie Ezette dan Serina Redzuawan .


INILAH Aboy, anak sulung Zamarul daripada perkahwinan pertamanya yang kini menjadi teman baik Diana.

Diana kelihatan jelita dalam gaun berwarna putih manakala Zamarul pula tampak segak dalam persalinan sut sedondon.

Namun, dalam senyum tawa terselit kerisauan di hati Diana, kerana dia impikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna.

“Kahwin-kahwin juga. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa risaunya hati saya, tetapi alhamdulillah semuanya telah selesai dan saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Dulu masa-masa kakak-kakak saya kahwin, saya pelik melihat mereka risau tidak tentu arah, sekarang bila saya yang kahwin saya juga mengalami perkara yang sama,” ujarnya dalam tawa.

Harap Zamarul tidak berubah

Menyentuh tentang tarikh pernikahannya, Zamarul memberitahu tarikh 165 mempunyai makna yang tersendiri kerana nombor berkenaan bukan sahaja dijadikan tarikh hari bahagianya tetapi juga nilai mas kahwin dan wang hantaran kepada Diana.

“Memang ini adalah tarikh yang istimewa buat saya. Malah, angka 165 itu ada makna tersirat kerana ia membawa maksud satu ihsan, enam Rukun Iman dan lima Rukun Islam. Angka itu yang memberi kekuatan kepada kami dalam mengharungi hubungan selama 8 tahun.

“Apabila hati sudah berdetik untuk berkahwin, saya dapat rasanya bahawa dialah (Diana) orang yang tepat untuk dijadikan suri dalam hidup saya,” kata Zamarul yang melamar Diana sekitar Februari lalu.


KELUARGA kedua-dua belah pihak turut menumpang gembira pada hari bersejarah pengantin.

Meskipun pernah gagal dalam perkahwinan terdahulu dan hubungan cintanya bersama Diana pernah dilanda badai kontroversi suatu ketika dahulu, Zamarul mempunyai harapan besar dalam kehidupan rumah tangga bersama Diana dan pengalaman telah mematangkan dirinya sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.

“Harapan saya agar hubungan ini kekal sehingga ke anak cucu, kalau ada masalah hanya melalui perbincangan yang dapat menyelesaikannya kerana bukan mudah untuk kami sampai ke tahap ini.

“Dugaannya terlalu banyak dan syukur kerana kami telah bersatu sebagai suami isteri,” jelasnya yang tidak akan menghalang kerjaya seni isterinya kelak.

Bagi Diana pula, dia juga mengharapkan kebahagiaan yang dianyam selama ini berkekalan dan Zamarul dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik.

“Saya harap dia tidak akan berubah, Zamarul yang saya kenal hari ini, saya harap dia kekal untuk selamanya. Seorang yang matang, mengambil berat, penuh dengan kasih sayang. Saya yakin dia mampu menjadi seorang ketua keluarga yang baik,” ulasnya.


IMPIAN Diana bersanding dengan tema ‘pelamin dalam taman’ akhirnya menjadi kenyataan.

Menjadi kelaziman buat pengantin baru untuk berbulan madu, namun kerana kesibukan kerja sebaik sahaja majlis persandingan di sebelah pihak lelaki yang akan berlangsung pada 23 Mei ini, agenda bulan madu masih tidak dapat ditentukan tarikhnya.

“Kami tidak rancang untuk berbulan madu sebab sibuk. Cuma rancangan kami selepas berkahwin ingin mengerjakan umrah bersama, tetapi tidak tahu bila. Perlu tengok jadual kami dulu, jika ada kelapangan, lebih cepatlah kami ke sana,” kata Zamarul.


BAHAGIA terserlah di sebalik wajah ceria mereka.

Apabila ditanya jumlah cahaya mata yang diingininya, Zamarul hanya tersenyum dan memberitahu dia tidak kisah akan jumlah anaknya yang bakal dimiliki kelak.

“Saya tidak kisah berapa pun, lagi ramai lagi bagus, kalau dapat rezeki cepat alhamdulillah. Aboy pun tak sabar-sabar nak dapat adik. Ini semua bergantung kepada Allah,” tuturnya sambil mengerling manja pada Diana.

Zamarul, Diana akhirnya diijabkabulkan


Sah: Zamarul Hisham dan isterinya, Diana Rafar, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam

Akhirnya … percintaan pelakon Zamarul Hisham Mohamad dan Diana Rafar yang terjalin sejak lapan tahun lalu termeterai dengan aqad perkahwinan yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah alam pada 10:30 pagi, 16 Mei 2009.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan, Khairuddin Haiyon setelah diwakilkan oleh abang kandung Diana, Airul Azmi, dengan mas kahwin RM165.
Zamarul, 38, yang juga duda anak dua, sah bergelar suami apabila dia mengcapkan qabul dengan sekali lafaz, bahawa dia menerima Diana atau nama sebenarnya Adriana Abd. Rafar, 27, sebagai isterinya.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 100 ahli keluarga terdekat.

Sumber: Utusan Online. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

LIMA tahun menyelami hati budi masing-masing


YATT mahu meniti hari-hari bahagia sebagai isteri bersama suami tercinta, Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

LIMA tahun menyelami hati budi masing-masing, akal dan hati bersatu rasa, lalu termaktub dalam kotak fikiran bahawa jejaka bernama Abdul Mutalib Abdul Shukor itulah yang bakal menjadi peneman hidup si jelita, Yatt.

Bertahun mencipta keserasian di antara mereka, tahun lalu mereka memilih untuk diikat dengan ikatan pertunangan dan akhirnya tanggal 29 Mac lalu menjadi tarikh keramat apabila sah bergelar suami isteri.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 29, diijabkabulkan dengan pasangannya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, di kediamannya di Seremban, dengan mas kahwin RM280.80.

Menyingkap episod persandingan pasangan ini yang diraikan di Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya Sabtu lalu, langkah diatur penuh yakin sambil melantun senyuman manis ke arah tetamu yang hadir memenuhi ruang.

Berseri mengenakan pakaian tajaan Butik Lynda Rahim, sedondon dengan padanan warna putih, bersemayam cantik kedua mempelai di atas singgahsana yang dilatari warna putih dan ungu.

Ketika ditemui pada majlis resepsi tersebut, dengan kegembiraan yang jelas terpancar di wajah, pelakon dan pengacara itu memberitahu bahawa dia mahu membina hidup berkeluarga penuh ceria bersama pasangannya itu.

“Perkahwinan merupakan perkongsian hidup antara kami, kalau boleh selepas ini apa-apa sahaja masalah yang wujud akan cuba kami selesaikan sebaik mungkin,” kata pelakon filem Impak Maksima itu.

Diajak berbicara mengenai transformasi dirinya yang kini berstatus isteri, jelas anak sulung daripada sembilan beradik itu, dia begitu seronok menjalani hidup sebagai seorang isteri.

“Memang seronok bergelar isteri sebab saya rasa begitu enjoy dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun baru masuk seminggu usia perkahwinan, kami gunakan sepenuh waktu yang ada bersama.

“Maklumlah, dalam tempoh seminggu masa kami agak terhad sebab perlu selesaikan segala persiapan untuk majlis persandingan yang diadakan serentak hari ini (4 April lalu).

“Bagaimanapun, kami anggap ini sebagai ujian dan cabaran buat kami dalam menempuh alam rumah tangga,” kata Yatt yang sempat memasak untuk suaminya pada hari pertama dan kedua selepas diijabkabulkan.

Sekilas mengenai detik-detik pertemuan antara Yatt dan pasangannya itu, bibit-bibit percintaan mula berputik apabila Yatt yang gemar bersukan mengunjungi Sports Planet Ampang, untuk bermain futsal bersama rakan-rakannya.

Biarpun pada awalnya pernah menolak cinta Talib, namun hari demi hari, keikhlasan yang dipamerkan oleh Talib merapuhkan benteng hati yang dibina Yatt yang sebelum itu seakan serik untuk bercinta kerana kecundang di alam percintaan.

Enam bulan mencari keserasian, akhirnya mereka nekad dan berikrar janji sebagai pasangan kekasih.

Bercerita tentang Talib, menurut Yatt, suaminya itu merupakan insan yang begitu memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon biarpun di awal perkenalan, perjalanan kerjayanya baru berputik.

“Bukan itu sahaja, saya menjadi lebih kagum dengannya apabila kesemua adik-beradik saya lebih hormat kepadanya berbanding saya.

“Selain pandai mengambil hati saya dan juga ahli keluarga, dia juga merupakan seorang yang romantik dan kelakar biarpun pada zahirnya dia nampak serius,” kata Yatt lagi.

Sementara itu, Talib ketika ditanya tentang aktiviti seni isterinya itu memberitahu bahawa dia tidak akan menghalang minat isterinya itu selagi tahu menjaga batas agama dan maruah sebagai wanita Melayu.

Ingin berbulan madu di pulau

Seperti kebanyakan pasangan pengantin, Yatt dan Talib turut memasang angan-angan ke destinasi impian untuk berbulan madu.

Bagaimanapun, menurut Yatt, di kala ini dia dan suaminya masih belum membuat sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan kesibukan masing-masing menguruskan majlis persandingan.

“Cuma kalau boleh saya teringin sangat nak ke pulau untuk berbulan madu. Saya suka pulau sebab tempatnya cantik, nampak hijau dan dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut,” katanya

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Cici nikah di Mekah


Tarikh 12 Mac lalu menjadi saksi termeterainya sebuah ikatan perkahwinan Cici Faramida seorang penyanyi dangdut terkenal dengan seorang usahawan Ahmad Suhaebi (Ebi).

Cici, 36 sah menjadi isteri Ebi, 46 di Masjidil Haram Mekah. Cici menerima mas kahwin sebuah kitab suci Al-Quran, sepasang alat solat dan wang tunai 1,200 riyal (RM1,155).

Sebelum pernikahan ini, sempat tersebar gosip menyatakan Cici bakal bernikah dengan suami orang dan akan melangsungkan pernikahan siri. Khabar angin ini tersebar gara-gara Cici memilih luar negara untuk menyempurnakan acaranya, seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.

Namun semua ini hanyalah khabar angin. Cici bernikah secara terbuka di Mekah dan suaminya telah pun mendapat status duda selama lima tahun. Semasa berlangsungnya pernikahan keluarga dari kedua-dua belah pihak juga turut hadir.

Cici memilih Masjidil Haram kerana inginkan sebuah perkahwinan yang penuh dengan keberkatan dan berkekalan.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Roslin korban bulan madu tumpu Seluruh England


MUHAMMAD Roslin Hashim dan pasangannya, Faizah Mohamad selamat disandingkan di Taman Puchong Perdana, semalam.

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim mengorbankan bulan madu untuk memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Kejohanan Seluruh England, 3-8 Mac ini.
Menurut Roslin, 2009 merupakan tahun terakhirnya sebagai pemain badminton dan dia mahu menutup kariernya dengan satu kejuaraan terbaik.
Semalam, Roslin, 34, menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan dari Puchong, Faizah Muhammad, 31, yang telah dikenali sejak dua tahun lalu.
Bagi Roslin, Faizah adalah anugerah yang melengkapkan hidupnya tetapi dia terpaksa melupakan impian untuk berbulan madu dalam masa terdekat kerana perlu segera kembali ke gelanggang untuk menghadapi Seluruh England.
“Saya mahu berhabis-habisan pada Seluruh England kali ini kerana ia adalah penampilan terakhir saya. Sebenarnya, saya sudah buat keputusan bahawa 2009 adalah tahun terakhir saya dan saya mahu bersara selepas ini.
“Walaupun sibuk menguruskan perkahwinan sepanjang bulan ini tetapi saya sentiasa adakan masa berlatih, malah, dua tiga hari sebelum balik ke Kelantan, saya tetap turun berlatih.
“Saya mahu menutup karier dengan sesuatu yang akan dikenang. Kata orang, biarlah saya tamatkan karier dengan cara yang bermaruah,” kata bekas pemain No. 1 dunia itu.
Bagi Roslin, status baru sebagai suami tidak langsung membebankan, sebaliknya ia adalah tanggungjawab baru yang akan mendorongnya untuk lebih bekerja keras.
Ditanya tentang rancangan selepas bersara, pemain Nusa Mahsuri itu berkata, dia mahu menjadi jurulatih, sama ada ada bersama kelab atau menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Mawi – Ekin berjaya hadapi badai percintaan


PERNIKAHAN Mawi atau Asmawi Ani, 27, dengan Ekin atau Nora‘Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, pada pagi Sabtu lalu membuktikan bahawa pasangan tersebut tidak lut pada segala cemuhan.

Sejak Mawi dan Ekin menguar-uarkan percintaan mereka pada 21 Oktober lalu, pasangan tersebut tidak henti-henti dilanda ujian.

Namun, berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain, akhirnya Mawi dan Ekin berjaya disatukan jua oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mahad Mohd. Said pada pukul 11.40 pagi.

Mawi, yang segak dengan persalinan baju Melayu serba putih dan bersamping songket, nampak gugup ketika melafazkan akad nikah, namun berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan hanya sekali lafaz sahaja.

“Masa bersalam tadi, memang saya rasa semacam bertambah gugup. Tapi alhamdulillah, saya dapat atasinya dengan sekali lafaz,” katanya tersenyum pada sidang media yang diadakan selepas upacara akad nikah.

Jelas Mawi, setiap hari dia sering menghafal ungkapan akad nikah dalam hati dan mungkin disebabkan latihan itu dia berjaya melafazkannya dengan lancar.

Sebaik selesai acara akad nikah, Mawi telah membaca taklik dan melakukan sujud syukur sebelum menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Ekin.

Acara tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi Saluran Astro Oasis (106) bermula pukul 10.30 pagi.

Mawi yang sedari awal mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, turut memberi wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada isteri tercinta.

Apa pun, bagaikan terlepas daripada bebanan yang cukup berat, Mawi nampak begitu ceria dengan menyerlahkan perwatakannya selamba dan lucu sebaik majlis pernikahan selesai.

Malah, senyuman dan gurauan tidak lekang daripada bibirnya terutama pada majlis persandingan yang berlangsung pada sebelah malam di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Majlis resepsi oleh keluarga Ekin itu dihadiri lebih 1,500 tetamu di mana pasangan pengantin memilih persalinan hitam dan putih.

Mawi mengakui ikatan pernikahan itu membuktikan bahawa dia dan Ekin sanggup menghadapi segala cabaran bersama hingga ke akhir hayat.

“Sebelum menjadi suami isteri lagi kami sudah diuji dengan pelbagai dugaan. Ekin banyak berkorban kerana setiap hari ada sahaja cemuhan yang dilontarkan kepada dia.

“Saya tahu walaupun dia bersabar tapi setiap hari dia berendam air mata. Saya mohon doa daripada semua agar rumah tangga kami kekal hingga akhir hayat. Harap lepas ini tiada lagi perkara sebegitu,” katanya yang bakal berbulan madu di Korea.

Menurut Mawi, setakat ini dia belum merancang tarikh sebenar berbulan madu kerana pemergiannya ke Korea kelak ditaja oleh Korean Tourism Organisation (KTO).

Ujarnya, buat masa ini tumpuannya lebih kepada mengurus acara resepsi di Felda Taib Andak pada 28 Disember ini dan Hotel Palace of Golden Horse pada 11 Januari depan.

Selain itu, dia juga akan terbabit dalam satu persembahan pada tahun baru ini.

Mawi yang memberi sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang itu berkata, setakat ini dia juga tidak membuat perancangan keluarga.

“Bagi saya, kalau Tuhan sudah tetapkan rezeki saya dapat anak awal, saya terima. Berapa orang itu, terpulanglah. Kalau sekali keluar dua orang pun bagus juga,” katanya.

Bagi Ekin, dia tidak pernah kesal atau berasa bersalah memilih Mawi sebagai suami biarpun sedar jejaka kelahiran Felda Taib Andak itu menjadi perhatian umum.

Padanya, Mawi adalah pilihan terbaik dan keputusan yang dibuat adalah tepat dan mungkin atas sebab itu juga Ekin dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik selamat diijab kabul.

“Air mata tadi adalah air mata kegembiraan dan syukur kerana akhirnya, percintaan Ekin dan Mawi sampai ke destinasi. Ini semua berkat sokongan keluarga.

“Kalau sebelum ini Ekin mampu menepis segala dugaan, sudah pasti mendatang pun Ekin bersedia dan akan mengatasi segala masalah rumah tangga dengan tabah,” katanya.

Ekin yang pernah dituduh memilih Mawi kerana harta berkata, biar apa pandangan orang ramai terhadap dirinya, dia reda kerana apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar.

Justeru, setelah memiliki status isteri kepada Mawi, Ekin akan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

“Selepas ini ke mana sahaja Mawi pergi, Ekin akan ikut. Bukan kerana cemburu atau nak kawal tapi sebagai pengurus dan perunding imej Mawi,” katanya yang bakal menetap di Bangi, Selangor.

Selain itu, Ekin juga telah mendapat kebenaran daripada Mawi untuk membuka butik busana Muslim dan mungkin perniagaan itu digabung dengan Mawi World Entertainment.

Ekin yang akan meneruskan kehidupan seperti biasa berkata, dia tidak menolak untuk berlakon jika watak yang ditawar bersesuaian dengan imej dan statusnya.

Sementara itu ibu Ekin, Fatimah Saad berkata, dia berasa gembira kerana anaknya telah selamat bergelar isteri tetapi dalam masa yang sama turut bersedih kerana anak kesayangannya itu akan berpisah dengan keluarga.

“Mula-mula dulu, mak cik tidak percaya bila Ekin beritahu yang dia nak kahwin dengan Mawi. Apa pun mak cik suruh dia kenal hati budi Mawi dulu dan alhamdulillah, akhirnya mereka disatukan.

“Memanglah akan terasa kehilangan Ekin tapi itu sudah lumrah dia perlu ikut suami. Mak cik sentiasa doa agar hubungan mereka kekal hingga akhir hayat,” katanya.

Bagi Rahmat Mohammad, dia tidak bimbang untuk melepaskan Ekin kerana tahu pilihan anaknya itu tepat.

Katanya, biarlah mereka layari rumah tangga sendiri dan jika timbul masalah pandai-pandailah mengatasinya.

“Sekarang ini saya rasa lega kerana mereka sudah rasmi sebagai suami isteri dan jika apa-apa yang berlaku biarlah mereka atasi sendiri,” katanya.

Sementara itu kakak Mawi, Rashidah Ani, berharap adik kesayangannya itu akan tabah menghadapi segala dugaan dalam rumah tangga.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.