Ramai suami mengaku ‘didera’

JEDDAH: Kajian di Arab Saudi mendapati, 57 peratus suami mendakwa mereka berdepan dengan ‘balas dendam’ daripada ipar lelaki masing-masing.

Menurut kajian Pusat Kajian Sosial Roy’ah yang dibentang minggu lalu, hampir semua suami di Arab Saudi yang menghadapi masalah itu berusia di antara 20 dan 29 tahun.

Kira-kira 33 peratus suami juga mengalami keganasan daripada anak, dan hampir semua mereka berusia di antara 45 dan 49 tahun.

Data kajian menunjukkan, serangan berlaku akibat keganasan suami terhadap isteri masing-masing dalam usaha mereka ‘membuktikan kejantanan’ masing-masing.

“Anak-anak biasanya menyebelahi ibu mereka dan bertindak menghalang pihak bapa terus melakukan keganasan ke atas ibu,” kata laporan itu. – Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Jaimee Grubbs mohon maaf

LOS ANGELES: Isteri Tiger Woods, akhirnya menerima permohonan maaf secara terbuka, walaupun bukan daripada suaminya yang curang.

Permohonan maaf itu sebaliknya datang daripada Jaimee Grubbs, kekasih gelap ketiga suaminya.

Jaimee berkata, dia kesal kerana menyebabkan Elin dan keluarganya kecewa.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu mungkin tidak melegakan Elin berikutan pendedahan beberapa teks pesanan ringkas lucah yang dihantar Woods kepada Jaimee.

Jaimee bukan satu-satunya kekasih gelap Woods yang bercakap semalam.

Rachel Uchitel berkata, dia dikecam oleh media sementara Jamie Jungers menceritakan bagaimana dia merasa sakit hati melihat gambar Woods dan isterinya ketika mengunjungi rumah mereka.

Pengakuan itu timbul ketika laporan menyatakan Elin akan mempertahankan rumah tangganya demi masa depan anak mereka. – Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.
Dikirim dalam Skandal. Leave a Comment »

Woods janji cerai isteri


LOS ANGELES: Tiger Woods didakwa berjanji kepada seorang kekasihnya dia akan ‘membuang’ isterinya supaya mereka dapat hidup bersama.

Jaguh golf itu dilapor berjanji demikian kepada sosialit seksi, Rachel Uchitel.

Woods menghantar e-mel bertalu-talu kepada wanita itu sebelum mengalami kemalangan yang membawa kepada pendedahan kecurangannya.

Dalam satu daripada e-mel itu, Woods berkata, dia tidak boleh hidup tanpa wanita berkenaan.

“Saya mahu anda baring di sebelah saya, baring di atas saya atau baring di mana saja yang anda mahu,” katanya.

Merujuk kepada isterinya dalam e-mel lain dia berkata: “Ia membuat saya kesal apabila memikirkan saya tersilap memilih wanita.”

Rachel, 34, yang menegaskan sebelum ini bahawa dia bukan wanita jalang, dilapor sudah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah majalah untuk mendedahkan hubungannya dengan Woods.

“Ada orang menggelar saya peruntuh rumah tangga, pisau cukur dan wanita jalang. Memang saya membuat kesilapan tetapi saya bukan seperti yang mereka dakwa.

Sementara itu, 300 mesej pesanan ringkas (SMS) dan mel suara antara jaguh golf itu dengan pelayan koktel, Jaimee Grubbs juga mula terdedah.

Dalam satu daripada SMS itu dia berjanji untuk mengadakan seks sepuas-puasnya dengan wanita berusia 24 tahun itu yang mendakwa mereka mempunyai hubungan seksual selama 31 bulan.

Dalam satu SMS lain, Woods meminta Jaimee merakamkan gambar bogelnya dan mengirimkan kepadanya.

Apabila wanita itu memberitahu dia sibuk bekerja, Woods merayu: “Pergi ke bilik air dan rakamkannya.” – Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.
Dikirim dalam Skandal. Leave a Comment »

Putus tunang RM1j


Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Sudahlah mahligai diimpikan musnah, merpati dua sejoli yang pernah diikat dengan tali pertunangan kini terjebak pula pertikaian bagi mendapatkan semula barangan pemberian ketika bertunang bernilai hampir RM1 juta.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat komunikasi dan teknologi maklumat, Mohamad Fahizul Khairi, 53, memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap bekas tunangnya, seorang pegawai bank, Nor Daliya Mohd Daud, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Fahizul mendakwa mengalami kerugian dari segi harta benda apabila pertunangannya dengan Nor Daliya putus pada 21 April tahun lalu.

Mereka bertunang pada awal April 2007 sebaik wanita berkenaan tamat tempoh edah perceraiannya dengan suami pertama dan majlis pertunangan diadakan pada 6 Disember 2007 di Pekan, Pahang.

Nor Daliya bercerai dengan suaminya pada 9 Januari 2007 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Selepas bertunang, Mohamad Fahizul mendakwa Nor Daliya memintanya menyediakan sebuah rumah sebagai tempat tinggal mereka apabila berumah tangga kelak selain meminta dia menceraikan isterinya.

Mohamad Fahizul mendakwa dia akur permintaan itu dan membeli rumah teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya dan disebabkan desakan Nor Daliya, dia menceraikan isterinya pada 7 April 2008, tetapi mereka rujuk kembali dalam tempoh edah.

Lelaki itu mendakwa terpaksa membuat bayaran termasuk kos pengubahsuaian, membeli barangan rumah, kos ejen hartanah dan wang deposit bagi membeli kereta Honda Civic kepada defendan berjumlah RM871,186.57.

Mohamad Fahizul mendakwa, sepanjang tempoh pertunangan itu, berlaku perselisihan faham dan pergaduhan dengan Nor Daliya kerana mengesyaki tunangnya curang.

Selepas memutuskan pertunangan, kedua-dua pihak berbincang dan mencapai persetujuan bahawa Nor Daliya akan memulangkan segala pemberian termasuk rumah teres dua setengah tingkat atas namanya berharga RM770,000.

Mohamad Fahizul mendakwa, bagi pembiayaan rumah dia mengeluarkan RM570,000 manakala NpR Daliya membuat pinjaman bank RM200,000 bagi melunaskan bakinya.

Menurutnya, pada 19 Mac lalu, Nor Daliya menghantar e-mel melalui peguam kepadanya dan memberitahu dia sudah mendapat pembeli rumah berkenaan.

Berikutan itu, Mohamad Fahizul berkata, dia khuatir bekas tunangnya itu mengambil hasil jualan rumah berkenaan tanpa merujuk kepadanya.

Dalam prosiding itu, Hakim Mohammad Adib Husain menetapkan 1 Februari tahun depan untuk keputusan bantahan awal yang difailkan Nor Daliya berhubung tuntutan itu.

Beliau menetapkan tarikh itu untuk memberi peluang kepada peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Nor Daliya bagi memfailkan hujahan balas terhadap bantahan awal berkenaan.

Pada prosiding berkenaan, bekas suami Nor Daliya, Herman Syah Abdul Rahim turut hadir untuk menemani Mohamad Fahizul.

Defendan diwakili peguam Mohamad Isa Abd Ralip.

Sementara itu, Azmi ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu pihaknya memfailkan permohonan itu pada 7 Mei lalu, manakala defendan membuat bantahan awal pada 8 Julai.

Menurutnya, dalam bantahan awal itu, defendan mendakwa pemberian itu tidak termasuk dalam tempoh pertunangan, tetapi sebagai hadiah ketika plaintif memikatnya.


Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Aktres mengaku gundik Woods


LOS ANGELES: Seorang aktres filem lucah tampil dengan dakwaan menjadi wanita simpanan ke-10 Tiger Woods, semalam.

Joslyn James yang membintangi beberapa filem lucah mendakwa sering ditiduri jaguh golf itu dan menganggap dia ‘wanita simpanan sepenuh masa’ Woods.

Menurut laman web Deadspin.com, Joslyn mengaku menjadi pemuas nafsu Woods kepada kawannya.

Joslyn – atau nama sebenarnya, Veronica Siwik-Daniels – mengemas kini statusnya dalam Facebook dengan menulis: “Saya dapati kelakar apabila individu tertentu tiada hidup sendiri dan mahu menjadi saya… teruk sungguh!’

Selain Joslyn, seorang lagi pelakon pornografi, Holly Sampson, 36, mengaku ditiduri Woods.

Pendedahan terbaru itu dilihat menjejaskan publisiti Woods.

Beberapa iklan memaparkan imejnya ditarik balik daripada siaran media massa di Amerika Syarikat.

Firma penyelidikan media, Nielson, menyatakan kali terakhir imej Woods disiarkan dalam iklan komersial Gillette adalah pada 29 November.

Nasib Woods juga terus dirundung malang apabila beberapa penaja menarik balik tajaan mereka ke atasnya.

Pengeluar minuman sukan Gatorade yang memasarkan Tiger Focus, Nike dan American Express adalah antara penaja yang menarik diri.

Bagaimanapun, mereka mendakwa tindakan itu tidak ada kena mengena dengan skandal Woods.

Sementara itu, ibu mentua Woods, Barbro Holmberg (gambar), dibenarkan keluar dari hospital di Florida selepas dirawat selama 11 jam di situ, semalam.

Barbro, 57, dilaporkan terjatuh di rumah Woods kelmarin dan dikejarkan ke pusat perubatan itu untuk rawatan. – Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari myMetro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.
Dikirim dalam Skandal. 2 Comments »

Woods curang ketika Elin hamil


LOS ANGELES: Bintang golf terkenal, Tiger Woods, dikatakan menjalin hubungan sulit dengan pelayan restoran ketika isterinya hamil, kata News of The World, semalam.

Menurut pelayan itu, Mindy Lawton, Woods gemarkan aksi ranjang yang ganas dan liar.

“Sesekali saya lihat dia seperti anak patung berserabut selepas kami berasmara.

“Dia memang melakukan aksinya agak ganas,” katanya.

Menurut Mindy, ketika di atas katil, Woods mahu memukul dan gemar menarik rambutnya, selain terangsang apabila dia bercakap lucah dengannya.

“Tetapi aksi menarik rambut benar-benar memberahikannya,” katanya.

Pada peringkat awal berkenalan dengan Woods, Mindy mengaku dia jatuh cinta kepada jaguh golf itu.

Bagaimanapun, katanya, tidak lama kemudian dia sedar perhatian Woods kepadanya tidak lebih untuk memuaskan nafsu dan melayannya seperti hamba seks.

“Satu-satunya sebab dia menelefon saya adalah untuk berasmara.

“Dia lelaki pentingkan diri sendiri dan tidak berhati perut,” katanya.

Mindy, 33, menjadi wanita kesembilan dikaitkan dengan atlit terkaya di dunia itu ketika skandal seksnya semakin terbongkar.

Dalam temu bual sama, Mindy berkata, Woods tidak membuang masa dengan perkara lain setiap kali bertemu.

Katanya, Woods mahu memuaskan nafsunya secepat mungkin.

Selain mengganas di bilik berbeza rumah Woods, 33, mereka juga pernah berasmara di padang letak kereta sebuah gereja.

“Sebelum bertemu, Woods akan menghantar mesej pesanan ringkas lucah kepada saya.

“Dia juga mendesak saya memakai pakaian dalam seksi berwarna kegemarannya, iaitu merah,” katanya.

Pada masa lain, Woods sengaja membawa isterinya, Elin Nordegren, ke restoran tempat Mindy bekerja.

Kata Mindy, kecurangan paling mengejutkan adalah apabila Woods berasmara dengannya ketika Elin hamil.

“Apa yang penting bagi Woods adalah membawa saya ke ranjang. Hubungan emosi di antara kami hampir-hampir tiada langsung,” katanya. – Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tiger Woods mengaku curang


LOS ANGELES: Jaguh golf, Tiger Woods semalam mengaku mengecewakan keluarganya dan memohon maaf kerana curang terhadap isterinya.

Woods membuat pengakuan itu selepas seorang pelayan koktel mendakwa mereka menjalinkan hubungan intim selama 31 bulan, termasuk mengadakan seks 20 kali.

Woods, 33, dalam pengakuannya itu mengaku dia ‘berdosa’ dan memuji isterinya, Elin, ibu dua anaknya, kerana memahami keadaannya.

Dia berikrar untuk menjadi suami dan bapa lebih baik di samping memohon maaf kepada peminatnya yang terkejut berikutan pendedahan mengenai kehidupan peribadinya.

Sebelum itu, pelayan koktel berkenaan, Jaimee Grubbs mendakwa menjadi perempuan simpanan bintang golf dunia itu.

Menurut Jaimee, dia menyimpan rakaman perbualan telefon dan lebih 300 mesej pesanan ringkas dihantar Woods sepanjang tempoh mereka menjalin hubungan sulit.

“Baru bulan lalu Woods membisikkan kepada saya bahawa kami akan terus bersama.

“Daripada kenyataan itu, saya menganggap Woods dan isterinya kini tidak lagi tidur sebilik,” katanya.

Pendedahan Jaimee dibuat beberapa hari selepas Woods terbabit dalam kemalangan jalan raya – dikatakan kerana dikejar isterinya yang mengetahui tembelangnya.

Ketika itu, isteri Woods, Elin Nordegren, 29, berang kerana Woods dikaitkan dengan pelayan kelab malam, Rachel Uchitel.

Kata Jaimee, 24, hubungan seks pertamanya dengan Woods berlaku di sebuah hotel di San Diego, tetapi tiada tarikh diberikan.

“Selepas berasmara, Woods seperti mahu saya pergi.

“Katanya, dia sukar tidur jika ada seseorang berkongsi katil dengannya,” katanya.

Sepanjang perkenalannya, Woods tidak pernah berborak mengenai golf, sebaliknya mengadu kesukaran dialami dalam hidupnya. – AP

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.