Diana pernah desak Charles kahwini Camilla

LONDON: Mendiang Puteri Diana didakwa pernah menggesa bekas suaminya, Putera Charles mengahwini kekasih lamanya, Camilla Parker Bowles.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat dalam buku terbaru Diana:The Last Word tulisan pakar terapi Puteri Wales itu, Simone Simmons. Petikan bersiri hasil tulisan itu disiarkan akhbar Britain, The Sun.
Kenyataan Diana itu, jika benar, sememangnya mengejutkan kerana ibu Putera William dan Putera Harry itu diketahui menuduh Camilla sebagai punca kemusnahan rumah tangganya dengan Charles. Pasangan itu bercerai pada 1996.

Malah Diana tidak pernah menyembunyikan bencinya terhadap Camilla sehinggakan secara terang-terang pernah menggelar Camilla sebagai Rotweiler – sejenis anjing ganas.

“Jadikan Camilla sebagai isteri. Kahwinilah dia,” kata Diana kepada Charles yang memberikan restunya itu ketika mereka berdua bertukar daripada pasangan suami isteri kepada sahabat baik di saat-saat akhir kematiannya.

Diana mati dalam satu nahas jalan raya bersama teman lelakinya, Dodi al-Fayed di Paris pada 1997.

Camilla dan Charles yang saling mengenali sejak lebih 30 tahun lalu dan sempat tinggal bersama selama beberapa tahun, berkahwin dalam satu majlis ringkas pada 9 April lalu, iaitu selepas hampir lapan tahun Diana meninggal dunia.

Perkahwinan kedua pewaris mahkota Britain itu terlaksana selepas berdepan pelbagai masalah Berbanding perkahwinan pertamanya dengan Diana yang sangat meriah dan

disaksikan lebih 750 juta orang dan dihadiri 3,500 orang, kisah percintaan di antara Charles dan Camilla sebaliknya berbeza.

Bermula dengan pengumuman perkahwinan dilakukan secara tergesa-gesa pada 10 Februari lalu, berita malang kedua ialah tempat majlis pernikahannya terpaksa dipindahkan.

Charles terus menerima tamparan apabila ibunya, Ratu Elizabeth II

enggan hadir majlis perkahwinan itu, tetapi sekadar mengadakan majlis resepsi beberapa jam selepasnya.

Ramai yang menganggap biarpun Charles berkahwin dengan Camilla, hakikatnya Camilla terpaksa terus hidup dibayangi Diana yang masih terus bertakhta di hati ramai rakyat Britain. – AFP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: