Anak Shaikh Dawood tuntut harta pusaka RM1 bilion

Oleh SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 27 Julai – Anak sulung isteri keempat seorang ahli perniagaan terkenal, Allahyarham Datuk Shaikh Dawood @ A.S. Dawood Abdul Razak mengemukakan tuntutan harta pusaka melibatkan aset syarikat dan hartanah yang dianggarkan bernilai RM1,000 juta atau RM1 bilion.

Ini merupakan kes tuntutan harta persendirian yang terbesar pernah didengar oleh mana-mana mahkamah di negara ini.

Kes tuntutan harta pusaka itu mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang didengar di hadapan Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid.

Abdul Ravuff A.S Dawood, 53, membuat tuntutan itu terhadap Syarikat Pasla Holdings Sdn. Bhd., dan 23 defendan terdiri daripada isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat bapanya serta 19 adik beradiknya.

Empat isteri Allahyarham ialah Datin Patama @ Amajibibi Daud Sah, Ammena Beevi (meninggal), Maimoon Beevi dan Aisha Beevi.

Keluarga Ammena dan Aisha kini menetap di India, manakala Patama dan Maimoon tinggal di Seremban.

Shaikh Dawood yang lebih dikenali sebagai Datuk A.S. Dawood meninggal dunia pada 3 April 1989 dengan mempunyai senarai harta iaitu 540,000 unit saham Pasla Holdings dan tanah seluas 99.55 hektar di Labu, Negeri Sembilan.

Pasla Holdings menjalankan perniagaan pengurup wang, perhotelan, pembinaan dan membekal makanan di kem-kem tentera. Bagaimanapun perniagaan syarikat itu dikatakan bergerak perlahan setelah tuntutan harta pusaka ini dikemukakan di mahkamah.

Pada perbicaraan hari ini, Abdul Ravuff mendakwa bahawa saham sebanyak 540,000 unit milik bapanya dalam syarikat berkenaan tidak pernah dibahagikan seperti yang dinyatakan dalam satu surat perjanjian yang dibuat sebelum bapanya meninggal.

Dia menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Dr. Mohd. Rafie Mohd. Shafie.

Abdul Ravuff yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, dia bersama dua orang adik beradiknya tidak pernah dilantik sebagai pengarah Pasla Holdings seperti yang diwasiatkan dalam perjanjian tersebut.

Terdahulu, Abdul Ravuff mendakwa bahawa seorang abang yang dinamakan defendan ketiga, Dr. Abd. Rahman A.S. Dawood mengawal kesemua dokumen syarikat dan tidak membenarkannya mendapatkan dokumen tersebut walaupun dia merupakan salah seorang pemegang saham syarikat.

Selain itu, Abdul Ravuff mendakwa bahawa bapanya pernah menandatangani borang pindah milik saham yang kosong dan tidak bertarikh sebelum meninggal dunia dan berada dalam simpanan isteri pertama (Patama).

Dalam tuntutan itu, Pasla Holdings dan isteri pertama hingga ketiga serta anak-anak mereka yang dinamakan sebagai defendan diwakili oleh dua peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman dan Syumaimah Jaya @ Yahaya.

Sementara itu, enam defendan lagi yang merupakan isteri keempat (ibu Abdul Ravuff) dan lima anaknya bagaimanapun bersetuju dengan tuntutan itu.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 24 Disember 1997, Abdul Ravuff memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya segala harta di bawah nama Pasla Holdings dan tanah di Labu, Negeri Sembilan seluas 99.55 hektar diisytiharkan sebagai harta pusaka.

Beliau juga memohon agar pindah milik saham sebanyak 540,000 unit kepada isteri pertama adalah tidak sah dari segi undang-undang kerana wujud unsur syubhah dan penipuan dari borang penukaran penama saham.

Di samping itu, Abdul Ravuff memohon kesemua harta peninggalan Allahyarham bapanya difaraidkan dan diagih mengikut hukum syarak kepada empat isteri dan 20 orang anak.

Abdul Ravuff juga menuntut agar tanah di Labu dijual dan dibahagikan mengikut faraid serta membenarkan Pendaftar atau Pentadbir Tanah Negeri Sembilan memindah milik hartanah tersebut kepada pembeli atau waris mengikut hukum dan syarak.

Perbicaraan bersambung esok.

Dikirim dalam Mahkamah. 4 Comments »

4 Respons to “Anak Shaikh Dawood tuntut harta pusaka RM1 bilion”

  1. Khairul Nizam Zainon Says:

    Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!Saya ada website jana wang seumur hidup. Peluang jana wang seumur hidup di sini.Lawatilah website saya bila ada masa lapang🙂

  2. Jeego Says:

    Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.Lawatilah website saya bila ada masa lapang🙂

  3. Jeego Says:

    Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang cara mudah buat wang di sini.

  4. Rockerz Says:

    Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.Lawatilah website saya bila ada masa lapang🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: