Azmi sahkan akan kahwini Normala Shamsudin

Gambar: MetroOleh: RAJA LUVENA SHARIFUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid hari ini mengesahkan beliau akan berkahwin dengan bekas personaliti popular TV3, Normala Shamsudin.

Azmi, 64, berkata, beliau telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman dudanya dan memilih Normala, 41, sebagai pasangan hidupnya.

“Saya membuat keputusan untuk mengambil Normala sebagai isteri. Kami secocok dalam banyak aspek,” katanya secara eksklusif kepada Utusan Malaysia di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Azmi, beliau telah memohon keizinan dan restu daripada bapa Normala, seorang peneroka Felda, untuk mengahwini anaknya dalam satu pertemuan di Johor Bahru minggu lalu.

Beliau menambah, perkara itu telah turut dimaklumkan kepada ahli-ahli keluarganya sendiri.

“Selama ini saya mendiamkan diri untuk menjaga hati semua pihak, khususnya anak-anak dan keluarga terdekat.

“Malangnya, lebih lama saya mendiamkan diri lebih banyak spekulasi dan gosip liar yang keluar.

“Oleh itu, kerana perkara ini menyentuh perkara yang baik, saya rasa elok ia diperjelaskan,” katanya.

Menurut beliau, beberapa tarikh bagi melangsungkan pernikahan telah ditetapkan namun ia terpaksa ditunda atas sebab-sebab tugasan.

“Setakat ini saya masih belum membuat keputusan (bila tarikhnya), tetapi ia tidak akan mengambil masa terlalu lama kerana dalam keadaan umur saya, tiap-tiap hari dan tiap-tiap bulan merupakan satu bonus,” katanya.

Beliau berkata, majlis perkahwinan akan dilangsungkan secara kecil-kecilan.

Azmi memberitahu, antara aspek yang menyebabkan beliau tertarik kepada personaliti itu adalah persamaan yang mereka kongsi dalam banyak perkara.

Apabila ditanya bilakah beliau mula jatuh cinta dengan Normala yang pernah mendapat jolokan wanita Melayu tercantik, beliau menjawab:

“Saya berpendapat, cinta itu akan wujud hanya selepas pasangan itu berkahwin dan hidup bersama.”

Katanya lagi, soal jodoh dan pertemuan adalah ketetapan Allah.

Azmi menjadi duda setelah isteri beliau, Datin Yasmin Abdullah, 62, meninggal dunia akibat leukemia, Mac lalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: