Berpada-pada mengenakan `tol’ kerana bukan semua pengantin lelaki kaya

Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk menjawab keluhan hati Pengapit Tersepit dalam ruangan ini keluaran 24 Ogos lalu.

Saya turut simpati dengan suasana yang dialami oleh Pengapit Tersepit dan saya dapat bayangkan bagaimana situasi ketika itu. Walaupun saya anak Johor, tetapi saya rasa ini bukan satu adat (maaf sekiranya saya tersilap). Cuma sekadar suka-suka dan juga jumlah sebenarnya tidaklah semestinya dalam kadar yang banyak dalam setiap satu sampul surat.

Saya tidak tahu di tempat lain dalam negeri Johor, tetapi kalau di tempat saya, tidaklah `seteruk’ yang dialami oleh saudara Pengapit Tersepit.

Untuk pengetahuan semua pembaca, pada 20 Ogos yang lalu, saya ke Perak kerana menghantar adik lelaki saya yang melangsungkan perkahwinan dengan orang Perak. Ketika mengarak pengantin, saya teringat akan `tol’ ini dan menyatakan pada kakak ipar saya, kalau kena tol nanti, parah le sebab saya terlupa nak menyediakan `duit tol’.

Tapi alhamdulillah, kami tidak dikenakan sebarang tol. Terima kasih pada ibu bapa mertua adik saya dan penduduk kampung di sekitar pekan Lumut kerana pihak kami tidak dikenakan `tol’ semasa majlis pernikahan dan persandingan adik lelaki saya pada 20 dan 21 yang lalu.

Oleh itu saya menyeru kepada keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan, berpada-padalah kalau hendak mengenakan `tol’, tidak pasal-pasal nama tuan rumah menjadi sebutan dan kepada mak andam, janganlah lebih-lebih sangat. Fikirkan juga masalah orang lain. Walaupun zaman ini zaman wang, tidak semua yang datang itu `orang kaya’. – ANAK KAMPUNG, Segamat, Johor.

© UTUSAN MELAYU (M) BHD

3 Respons to “Berpada-pada mengenakan `tol’ kerana bukan semua pengantin lelaki kaya”

  1. Anonymous Says:

    Bloggers point to school district in Kutztown caseBloggers, quite a few of whom can relate to life as a geeky kid, seem to have a soft spot for young innovators who get dissed by those in authority.I enjoy reading the stories on your site. Keep up the super articles!I have been working on a content site on treadmill runningIt covers treadmill running related stuff for the avid collector.Check it out if you have some time🙂

  2. Anonymous Says:

    Nice Blog. If you ever are interested in losing weight or gaining muscle please visit my bodybuilding site. Thanks again!

  3. Anonymous Says:

    Salam..’tol’tu adatla..bkn suh bg byk22 pn.rm1 je..klo xnk bg 50sn je..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: