Patah tulang tidak patah cinta


AINIZA Ahmad Kuzari berbual mesra dengan suami,Rohazam Bakar yang masih terlantar di atas katil di Hospital Southern Melaka kerana patah tulang belakang, selepas majlis pernikahan pasangan itu di hospital berkenaan, semalam. Gambar MOHD. NAJEE GAIE ABDULLAH.
Oleh: AZMAN IBRAHIM

MELAKA 2 Sept. Patah tulang belakang tidak bermakna patah cinta.Ini yang dibuktikan oleh Rohazam Bakar, 26. Dia yang sebelum ini sihat tetapi terpaksa terbaring di hospital selepas terjatuh dari rumahnya ketika memasang bendera Jalur Gemilang tiga hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Walaupun mengalami patah tulang belakang, retak buku lali dan terlantar di katil, itu tidak menghalang Rohazam melangsungkan pernikahannya dengan Azniza Ahmad Kuzari, 26, malam tadi di Hospital Southern di sini.

Doktor kata keadaan saya tidak kritikal dan boleh sembuh dalam tempoh dua bulan. Ini bukan halangan untuk saya mengahwini Azniza.

Saya percaya dapat sembuh dengan cepat dan meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Rohazam selepas selamat diijabkabulkan dengan Azniza pada pukul 9.45 malam.

Majlis bersejarah buat pasangan itu turut disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ahli keluarga dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Rohazam yang bekerja sebagai Pembantu Teknologi Maklumat di Perbadanan Air Melaka (PAM) menambah:

Harapan saya untuk cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri lain.

Isterinya, Azniza dari Kampung Pengkalan, Alor Gajah di sini pula berkata, dia redha dengan ketentuan Tuhan serta menerima keadaan suaminya yang hanya mampu terbaring di atas katil.

Katanya lagi: “Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.”

Majlis akad nikah Rohazam dan Azniza sepatutnya dijadualkan berlangsung petang ini manakala majlis persandingan pula pada eosk hari dengan wang hantaran RM7,500 dan mas kahwin RM40.

Bagaimanapun majlis akad nikah itu dipercepatkan pada malam tadi atas permintaan Mohd. Ali kerana mahu menghadiri majlis itu. Segala-galanya bermula apabila Rohazam terjatuh dari bumbung rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini pada 28 Ogos lalu, kira-kira pukul 11 pagi ketika memasang Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-48.

Ketika ditemui di hospital, Rohazam, yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pak Balang di sini berkata, dia tetap meneruskan pernikahan itu walaupun terpaksa berbaring di katil hospital.

Ini kerana, katanya, kedua-dua keluarga telah membuat perancangan untuk melangsungkan pernikahan sebelum dia ditimpa kemalangan.

“Majlis kenduri perkahwinan juga siap diuruskan ahli keluarga maka kami teruskan juga walaupun saya ditimpa kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri ibu bapa pengantin lelaki, Azizah Bulat dan Bakar Abd. Rahim serta ibu bapa pengantin perempuan, Habsah Abdullah dan Zaini Zakaria.

Azniza, yang juga Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah pula tetap bersyukur kerana suaminya selamat.

Sementara itu, Azizah, 53, berkata, dia dan suami tetap meneruskan majlis berkenaan memandangkan mereka telah mengedarkan 1,200 kad jemputan perkahwinan.

Katanya, pihaknya bersepakat dengan pengantin perempuan untuk meneruskan majlis perkahwinan walaupun Azniza terpaksa bersanding secara bersendirian di rumahnya esok.

© UTUSAN MELAYU (M) BHD

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: