‘Saya insan terkutuk’

Oleh ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 14 tahun mengadakan hubungan seks dengan 15 lelaki pada satu masa. Sukar dibayangkan, tetapi itulah hakikat di dalam masyarakat hari ini yang perlu diambil perhatian semua pihak.

Mengapa kejadian itu berlaku? Tidakkah ada perasaan malu? Adakah kecetekan fikiran kerana masih terlalu mentah menjadi punca dia merelakan dirinya ‘diratah’ seorang demi seorang lelaki?

Ikuti luahan remaja berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah, kepada Metro Ahad ketika ditemubual di Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) baru-baru ini:

“SAYA sendiri tidak faham mengapa saya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Alangkah hinanya saya. Ketika itu jiwa saya memberontak untuk bersosial kerana terpengaruh dengan cerita rakan di sekolah mengenai aktiviti mereka.

Bagaimanapun, sebagai anak bongsu daripada tujuh beradik, pergerakan saya terbatas. Saya memberontak dan lari dari rumah tiga kali hujung tahun lalu.

Terus-terang, seks tidak ada di fikiran saya, walaupun ketika melarikan diri kali pertama apabila saya mengikut beberapa rakan bohsia yang suka berpeleseran pada waktu malam.

Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu melakukannya (seks) tetapi kejadian pada satu malam mengubah segala-galanya. Ia terjadi selepas Aidilfitri apabila saya keluar dengan sekumpulan lelaki.

Selepas makan, saya dibawa ke sebuah rumah kosong. Di sana, kami menghisap rokok dan saya diberi arak hingga mabuk. Disebabkan khayal, saya tidak sedarkan diri dan lima lelaki yang ada bersama mengambil kesempatan ‘meratah’ tubuh saya.

Apabila bangun keesokan paginya, saya dalam keadaan bogel dan begitu juga lima lelaki di sekeliling saya yang masih tidur. Ketika itu, saya berasa sungguh sedih dan terus ke rumah seorang rakan.

Saya menyangka nasib saya baik kerana beberapa hari selepas itu, seorang ahli keluarga menemui saya di rumah rakan berkenaan.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat keluarga menerima kepulangan saya dengan hati terbuka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi meleset sama sekali. Sebaik sampai di rumah, saya terus dibelasah oleh adik-beradik lain.

Saya tidak sempat menceritakan kejadian yang berlaku dan hanya memendam penderitaan. Tertekan dengan keadaan itu, saya melarikan diri sekali lagi dua hari kemudian.

Bagaimanapun, malang terus menimpa apabila sekumpulan lelaki yang menyamar anggota polis memaksa saya melakukan seks oral, menyebabkan saya membuat keputusan pulang ke rumah, tetapi dibelasah sekali lagi oleh keluarga.

Akhirnya saya melarikan diri sekali lagi. Kali ini, saya seolah-olah lupa diri dan hanya ingin bergembira. Saya melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki hingga tidak ingat berapa ramai meniduri saya.

Mungkin anda tidak percaya, tetapi dalam sehari saya melakukan hubungan seks berkali-kali. Kadangkala dengan seorang dan ada ketikanya dua, tiga dan lima orang, dan paling ramai 15 orang sekali gus.

Sepanjang melarikan diri, saya rapat dengan beberapa bohsia dan diperkenalkan kepada ramai lelaki. Saya bebas melakukan apa saja, termasuk mengikut lelaki terutama ‘Mat Rempit’ ke hulu ke hilir.

Boleh dikatakan setiap malam saya tidur di rumah lelaki. Ada juga yang membawa saya menyelinap ke rumah mereka pada lewat malam untuk mengelak disedari keluarga.

Apabila ibu bapanya keluar bekerja, kami ambil kesempatan melakukan hubungan seks.

Kali ketiga saya melarikan diri daripada rumah agak lama hingga pada satu malam, saya terserempak dengan seorang kakak saya ketika bersama sekumpulan lelaki di pinggir ibu kota.

Bila kakak dapat tangkap saya, dia hilang sabar,malah ingin menyerahkan saya kepada polis, tetapi saya merayu kerana tidak mahu masuk penjara.

Akhirnya melalui seorang rakan, saya mendapat tahu mengenai Rumah Kebajikan Perkid dan minta dihantar ke sini untuk memulihkan diri.

Di sini, saya mula mendekatkan diri dengan Allah SWT. Saya berasa sangat berdosa dan kotor. Bagaimanapun, saya percaya Allah Maha Pengampun dan Mengasihi. Ada hikmah di sebalik semua kejadian.

Saya kini bertaubat. Saya ingin kembali ke pangkal jalan dan menjadi insan berguna. Saya harap remaja lain tidak mengambil jalan seperti saya.

Tiada gunanya hidup bersosial. Jiwa yang tenteram ialah apabila kita mendekatkan diri kepada Tuhan dan keluarga.

Saya akan menetap di rumah kebajikan ini sehingga berusia 17 tahun dan selepas itu berhasrat melanjutkan pelajaran ke luar negara atau berkhidmat sebagai anggota polis.”

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: