Macam-macam: Pengantin pengsan, dara batal kahwin

CHANDIGARH: Hasrat seorang lelaki India bergelar suami kepada gadis dikenali sejak lima tahun lalu tidak kesampaian apabila jatuh pengsan pada majlis perkahwinannya.

Lebih malang, lapor akhbar Times of India, dia bukan setakat terpaksa dirawat di hospital tetapi tindakannya yang cuma beberapa jam sebelum dikahwinkan malam Isnin lalu, mengundang padah apabila si gadis bukannya bersimpati sebaliknya bertindak membatalkan perkahwinan berikutan kejadian berkenaan.

Kisah ini berlaku di Lubhana Bhawan, di selatan India membabitkan lelaki yang cuma dikenali Nitin, 25, dan tunangnya Mamta yang sebelum ini sama-sama belajar di institusi perubatan Dehradun.

Mamta memberi alasan kesihatan kerana mengesyaki Nitin menghidap penyakit sawan biarpun pemeriksaan kesihatan mendapati dakwaannya tidak benar dan mungkin pengsan akibat terlalu penat dan tidak cukup tidur. – Agensi

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: