Petua dapat anak

Wanita dan Seks: Petua dapat anak

SAYA baru berumah tangga dan inginkan anak secepat yang mungkin. Boleh doktor bantu saya dalam hal ini?

ROSIE YANTI
melalui e-mail

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual.Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya ‘mati pucuk sekunder’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: