Nor Hayati minta ketepikan permohonan batal nikah Zaki

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Seorang pengurus syarikat, Nor Hayati Yahaya mengemukakan permohonan supaya Mahkamah Rendah Syariah di sini menolak permohonan peguam, Tan Sri Zaki Tun Azmi untuk mengisytiharkan pernikahan mereka tidak sah mengikut hukum syarak.

Nor Hayati, 32, juga memohon mahkamah menolak permohonan Zaki untuk memfaraqkannya.

Selain itu, dia memohon mahkamah menolak permohonan Zaki untuk mengeluarkan perintah larangan terhadapnya (Nor Hayati), wakil, pekerja atau ahli keluarga agar tidak menceroboh, mengganggu atau mengugutnya (Zaki) dengan apa cara sekalipun termasuk melalui media massa.

Sebaliknya, Nor Hayati memohon mahkamah mengeluarkan perintah larangan terhadap Zaki, wakil, pekerja atau ahli keluarganya daripada menceroboh, mengganggu atau mengugutnya (Nor Hayati) dengan apa cara sekalipun termasuk melalui media massa.

Semua permohonan itu terkandung dalam afidavit pembelaan yang difailkan oleh Nor Hayati melalui firma guaman, Tetuan Radzuan Ibrahim di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Pada 26 Julai lepas, Zaki yang diijab kabul dengan Nor Hayati di Perlis pada Mei lalu oleh seorang kadi dari Thailand telah mengemukakan permohonan untuk mengisytiharkan pernikahannya itu tidak sah menurut hukum syarak.

Ekoran pendedahan akhbar berhubung permohonan itu, Zaki, 60, telah meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Nor Hayati minta ketepikan permohonan batal nikah Zaki”

  1. veryvain Says:

    assalamualaikum and hi…i have comments here.. urm… i rasa tan sri tu tak mau dah kat the lady.. only for fun.. my opinion, tak payah lah nak saman saman.. memalukan je. logic ke, tan sri tu dah get a court order to ensure that the lady stays away from his life, lepas tu that lady pula nak get the same court order for him.. takkan nak cover malu cara tu, kot. i rasa kalau tan sri tu dah to the extent of get a court order nak suruh the lady stay away, i rasa takkan nya dia nak cari lady tu lagi, tak payah court order pun memang he will voluntarily stays away. in fact i think he doesnt want to have anything to do with her dah. she will just have to face the fact lah. act gracefully, bukannya memalukan lagi diri tu.alternatively, maybe at the beginning dia memang ada intention nak make serious commitment.. but probably the lady screwed up real big.. so he might have second thought.. right? after all what man yang nak memperisterikan orang yang suka threaten orang lain. in long term, it will be a burden. most men kawin satu lagi sebab nakkan ketenangan jiwa…not to add burden.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: