Perkahwinan Puteri Sayako sederhana

Buku-buku Paling Laris!
Kiyosaki, Burke Hedges, Clason, Anthony Robbins dsb.

TOKYO 15 Nov. – Anak bongsu Maharaja Jepun, Puteri Sayako mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan istana dengan melangsungkan perkahwinannya dengan rakyat biasa dalam satu majlis sederhana, di sini hari ini.

Dengan memakai gaun putih dan rantai mutiara, Sayako, 36, menaiki kereta rasmi berwarna hitam yang membawanya keluar dari istana menuju ke Hotel Imperial yang mewah, di mana beliau berkahwin dengan Yoshiki Kuroda, 40, seorang kakitangan perbandaran Tokyo.

Beribu-ribu penduduk Tokyo berbaris di sepanjang jalan untuk melambai kepada Sayako sepanjang perjalanannya ke majlis perkahwinannya itu, yang dianggap amat sederhana dibandingkan dengan majlis-majlis diraja yang lain.

Agensi Istana Imperial berkata, para pegawai istana telah mendaftarkan perkahwinan pasangan mempelai itu di sebuah pejabat kerajaan, yang secara rasmi menukarkan nama puteri itu kepada Sayako Kuroda.

Upacara pernikahan mereka, yang dijalankan mengikut stail Shinto, dihadiri oleh 31 orang, termasuk ibu bapa Sayako, iaitu Maharaja Akihito dan Maharani Michiko.

Upacara itu disempurnakan oleh ketua sami Kuil Ise di tengah Jepun, yang merupakan kuil paling suci di negara `Matahari Terbit’ itu.

Pasangan pengantin baru itu diraikan dalam satu majlis resepsi sebaik sahaja upacara pernikahan selesaikan dilakukan. – AP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: