Poligami punca rusuhan di Paris

GCISurf – Get Stability, Great Support, Excellent Benefits

LONDON: Menteri Buruh Perancis, Gerard Larcher mendakwa amalan poligami adalah salah satu punca rusuhan tiga minggu di seluruh negara itu sehingga memaksa kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat, menurut laporan semalam.

Akhbar Financial Times menerusi laman webnya memetik kenyataan Larcher sebagai berkata, tindakan imigran yang berkahwin lebih daripada satu menjadi punca diskriminasi perkauman yang dihadapi entik minoriti dalam pasaran buruh.

Larcher berkata, keluarga besar yang mengamalkan poligami ada kalanya mendorong belia bersikap antisosial kerana bapa mereka jarang berada di rumah dan keadaan itu menyebabkan majikan lebih berhati-hati mengambil pekerja di kalangan etnik minoriti.

“Oleh kerana sebahagian daripada masyarakat mempamerkan sikap antisosial ini, tidak mengejutkan apabila sebahagian daripada mereka sukar mendapat kerja.

Usaha perlu dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Jika mereka tidak boleh diambil bekerja, mereka pasti akan menganggur,” kata menteri itu.

Seorang pembantu Larcher juga menambah, menteri berkenaan mengutarakan perkara berkenaan berasaskan satu kes yang diketahuinya tidak lama dulu membabitkan seorang pemuda imigran dan siasatan polis menunjukkannya berasal daripada keluarga berpoligami.

Perancis mengalami rusuhan hampir tiga minggu yang tercetus dengan kematian secara tidak sengaja dua remaja akibat terkena kejutan elektrik ketika bersembunyi daripada polis di utara Paris.

Sehingga kini lebih 8,000 kereta dibakar, banyak harta benda musnah dan berpuluh-puluh anggota polis cedera apabila belia kebanyakannya berkulit hitam dan keturunan Arab, merusuh. Kira-kira 2,840 orang ditahan.

Poligami diharamkan di Perancis dan pengamalnya boleh dihukum penjara tetapi pihak berkuasa sehingga ini bertolak ansur dengan 30,000 anggota keluarga Afrika yang berpoligami di negara itu. – AFP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: