Surat-surat cinta Azhari untuk isteri

JAKARTA 17 Nov. – Di sebalik imej keganasannya, pakar pembuat bom rakyat Malaysia Dr. Azhari Husin ternyata memiliki sifat romantis, seperti yang dapat dilihat dalam sepucuk surat beliau kepada isterinya yang disiarkan menerusi satu saluran televisyen di sini malam tadi.

Menurut laman web berita Indonesia, detiknews.com, surat yang ditulis tangan oleh Azhari itu, dibacakan dalam satu program mengenai surat-surat cinta Dr. Azhari yang disiarkan stesen televisyen swasta, ANTV.

Surat itu tidak sempat dibaca oleh isterinya di Malaysia kerana tidak sempat dipos.

Surat itu ditemui polis Indonesia yang melakukan serangan ke tempat persembunyian Azhari di Vila Flamboyan, Jalan Flamboyan Raya, Kota Batu, Malang di Jawa Timur.

Azhari ditembak mati pada 9 November. Seorang rakannya turut mati. Polis mengakui menemui banyak surat Azhari di rumah yang disewanya itu.

Berikut petikan surat Azhari itu yang disiarkan oleh detik.com;

Ketahuilah sayang, kematian pasti datang. Yang penting, bagaimana cara untuk mati. Mati yang dapat redha Allah atau mati yang dalam kerugian.

Abang melakukan jihad kerana abang takut akan ancaman Tuhan jika tidak melakukan jihad ini. Doakan abang mati secara syahid kerana mati syahid adalah cara yang paling mulia.

Abang sebenarnya khuatir terhadap saudara-saudara abang dan saudara-saudara kamu juga, yang selalu mementingkan dunia. Apabila abang mati syahid akan bererti abang akan membawa 70 keluarga abang ke surga. Kerana seorang syuhada kalau dia mati maka surga akan diramaikan 70 anggota keluarganya.

Akhirnya abang meminta maaf atas kesalahan abang kepadamu. Dan abang pun sudah memaafkan semua kesalahanmu. Dan jagalah anak kita, Aisyah dan Sabil.

Jenazah Azhari dibawa pulang ke Malaysia hari ini untuk dikebumikan di Melaka, tempat kelahirannya. – Bernama

GCISurf – Get Stability, Great Support, Excellent Benefits

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: