Bakal pengantin larikan diri dipercayai ikut kekasih lain

NORSAZLINA MOHD. SABRI.


Oleh: SALEHUDIN MAT RASAD

BANDAR JENGKA 21 Nov. – Sebuah keluarga di Felda Jengka 7 dekat sini terpaksa membatalkan majlis perkahwinan anak perempuannya Sabtu lalu selepas anaknya itu melarikan diri mengikut kekasih lain.

Mohd. Sabri Ahmad, 48, berkata, anaknya, Norsazlina, 23, didapati `hilang’ dari rumah pada malam 8 November selepas mesyuarat blok bagi menetapkan kerja-kerja bagi majlis perkahwinan itu.

Katanya, dia sekeluarga amat terkejut dengan kehilangan Norsazlina kerana tiada tanda-tanda anak perempuannya itu melakukan perkara yang boleh mencemar maruah diri dan keluarga sendiri.

“Kami syak Norsazlina mengikut teman yang dipercayai baru dikenalinya semasa mengikuti kursus butik di Petaling Jaya bulan lalu, selepas berhenti kerja di kilang ALPS Bandar Jengka.

“Kami juga masih tertanya-tanya dengan tindakan nekad Norsazlina (menghilangkan diri) kerana tunangnya dari Felda Lepar Hilir 1, Kuantan yang bakal menjadi teman hidupnya adalah pilihannya sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Sabri menambah, keluarga lelaki dimaklumkan mengenai kehilangan Norsazlina empat hari sebelum majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu.

Katanya, dia sekeluarga amat terharu dengan keikhlasan keluarga pengantin lelaki yang sanggup menghadiri majlis kenduri di Felda Jengka 7 Sabtu lalu walaupun telah dibatalkan.

“Kami terharu malah malu apabila rombongan pengantin tetap juga datang ke majlis di rumah kami di Felda Jengka 7 sambil membawa bunga telur walaupun majlis pada Sabtu lalu dibatalkan.

“Mereka datang juga memandangkan jemputan sebelah pengantin lelaki di Felda Lepar Hilir 1 sudah dimaklumkan mengenai majlis itu,” katanya.

Mohd. Sabri menambah, kehilangan Norsazlina telah pun dilaporkan di balai polis Kampung Awah, Maran pada 19 November lepas.

Menurutnya, dia dimaklumkan majlis kenduri perkahwinan bagi pihak lelaki di Felda Lepar terpaksa diteruskan juga kelmarin tanpa kehadiran pengantin perempuan kerana kad jemputan telah diedarkan.

Mohd. Sabri seterusnya merayu Norsazlina kembali ke pangkuan keluarga kerana ibunya Noraini Daud sering menangis dan termenung mengenangkan nasib anak kesayangannya yang hilang entah ke mana.

Tambahnya, semua ahli keluarga dan tunang Norsazlina yang dikenali sebagai Bahrin Zawawi sedia memaafkan perbuatannya dan berharap dapat menjalinkan perhubungan kekeluargaan seperti biasa.

Sehubungan itu Mohd. Sabri merayu mereka yang mengenali Norsazlina supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau menelefon Atan di talian 019-9221911 atau 019-9865635. [UM]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: