Isu pernikahan dari mulut Jamal sendiri


KliK di sini untuk join Sistem Matrix Bulanan RM10

Oleh: WANDA IDRIS

SAYA perlu pertahankan apa yang perlu dipertahankan, kata Jamal Abdillah berhubung laporan media mengenai perkahwinannya dengan seorang gadis bernama Emma pada Jumaat minggu lepas.

TEGAS nada suara penyanyi Jamal Abdillah menyatakan pendirian bahawa kisah rumah tangganya bukan bahan untuk diperdagangkan apabila dia dilontarkan soalan mengenai kisah perkahwinan terbarunya.

Jamal berkata, kisah-kisah sebegitu tidak perlu dihebahkan kepada pengetahuan umum kerana ia terlalu bersifat peribadi.

”Biarlah kisah-kisah itu menjadi milik saya sahaja,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan akhir Karaoke Seroja di pusat karaoke RedBox Ria di ibu negara Rabu lalu.

Malah tanpa mahu mengulas panjang atau memberi sebarang pengesahan tentang kisah perkahwinan terbarunya itu, raja pop Melayu itu berkata:

”Saya sentiasa berterima kasih atas sokongan pihak media kepada saya dan industri.

”Tetapi saya perlu pertahankan apa yang perlu dipertahankan.”

Biarpun tidak mengiyakan sebarang pertanyaan mengenai perkahwinannya dengan seorang bekas pelajar sebuah institut pengajian tinggi tempatan yang hanya dikenali sebagai Emma, Jamal tidak pula membuat penafian terhadap berita tersebut.

Jamal dikatakan diijabkabulkan dengan Emma Jumaat lalu.

Malah juara Bintang RTM tahun 1979 itu kelihatan tenang dan ceria pada petang tersebut dan hanya melontarkan senyuman ketika para wartawan memberikan ucapan tahniah atas perkahwinan itu.

”Seperti manusia lain, saya mencari keredaan Allah dalam soal hubungan.

”Buruk saya dah terlalu banyak. Sekarang saya hanya mencari yang terbaik (untuk diri saya). Dan kalau nak kata yang saya gembira, memang saya gembira.

”Allah memberi apa yang saya cari. Kalau hidup dengan keredaan-Nya, pastilah hidup kita terasa gembira dan bahagia,” kata Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 46, sebelum meminta diri untuk beredar kerana ada mempunyai urusan lain.

Jamal dilaporkan telah berkahwin buat kali ketiga pada Jumaat lalu di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor setelah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu dengan gadis berkenaan.

Emma yang dikatakan berusia awal 20-an bukan sahaja berjaya menawan hati penyanyi tersebut malah dia turut mesra dengan anak tunggal Jamal, Osama Yamani, yang kini berusia empat tahun. Osama adalah anak hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Yusof yang merupakan perkahwinan kedua Jamal.

Sebelum itu, Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Latiff pada 1988. Kedua-dua perkahwinan itu berakhir dengan perceraian.

Khabarnya, Osama turut memanggil Emma yang bertubuh kecil molek, berkulit hitam manis dan berambut panjang itu dengan panggilan ‘mama’.

Sebenarnya bukan sahaja wartawan yang mengucapkan tahniah kepada Jamal tetapi penyanyi itu turut diusik para peminat yang memenuhi lobi pusat karaoke RedBox Ria sewaktu mengadakan persembahan pada pertandingan karaoke anjuran Warner Music (M) Sdn. Bhd. dan RedBox Ria.

‘Tahniah!’ dan ‘Steady Pengantin Baru’ merupakan antara kata-kata usikan peminat kepada Jamal apabila dia muncul di pentas dengan senyuman melirik mendendangkan lagu Aku Penghibur dan Gadis Melayu.

Mengenai pertandingan karaoke itu, Jamal mengakui dia terharu apabila menjadi antara penyanyi yang diminati dan banyak ditiru cara nyanyiannya.

”Tetapi kalau mahu menjadi seorang penyanyi yang berjaya, jangan meniru artis pujaan kita. Kita perlu tonjolkan bakat dan cara nyanyian tersendiri,” nasihatnya.

Pertandingan yang menampilkan 15 finalis itu dijuarai oleh Abdul Halim Mohamed Kamal, 28, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Mohd. Asri Mohd. Zulfadzli, 20 dan Mohd. Faridan Samsu Bahari yang turut memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Sementara itu, kategori Pakaian Terbaik dimenangi oleh Abdul Halim Musa.

Mengenai album baru, Jamal memberitahu, dia kini sedang mengumpul lagu-lagu.

”Saya ada mencipta lagu sejak hampir 10 tahun lalu dan saya mungkin akan memilih dua atau tiga lagu yang terbaik untuk dimuatkan dalam album baru itu,” katanya yang tidak berhasrat untuk berduet dengan Mawi biarpun penyanyi muda itu kini menjadi sebutan ramai.

Katanya, ”Saya berbesar hati kalau ada pihak yang mahu menggandingkan kami. Tapi saya lebih pentingkan karier sendiri. Saya perlu pastikan lagu saya boleh diterima dan dijual.” [UM]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: