Jamal muncul bersama isteri baru

Jamal & IsteriJoin a NEW INCOME program!

JAMAL Abdillah bersama isterinya, Fatimatuzahra Samat pada sidang akhbar Malam Amal Kasih di Kuala Lumpur semalam. – Gambar FATAH SULAIMAN.

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Setelah dua bulan merahsiakan perkahwinan kali ketiga, Jamal Abdillah akhirnya muncul buat kali pertama di khalayak bersama isteri barunya pada satu majlis di sini hari ini.

Jamal yang kelihatan ceria tampil bersama isterinya, Fatimatuzahra Samat, 23, dengan ditemani anak tunggalnya, Osama Yamani, 5.

Menurut Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 46, sebelum ini, beliau enggan perkahwinan barunya itu mendapat liputan akhbar kerana tidak mahu kisah rumahtangganya menjadi bualan masyarakat.

“Selama ini pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada saya apabila saya mengambil keputusan berkahwin lagi.

“Segala tohmahan itu terpaksa saya telan walaupun kadangkala amat pahit. Saya lebih suka mengambil sikap biarlah apa yang orang hendak kata.

“Bagi saya, biarlah sakit di mata tetapi jangan sampai sakit di telinga. Sebab itulah, saya malas hendak cerita soal-soal peribadi.

“Nanti macam-macam pula orang kata tentang perkahwinan ketiga saya ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sidang akhbar Konsert Malam Amal Kasih anjuran Ace Event Management Sdn. Bhd. di sini.

Selain Jamal, konsert amal yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 22 Februari itu turut menampilkan Siti Nurhaliza, Nita (Malaysian Idol), Adibah Noor, Hetty Koes Endang dan Fauziah Ahmad Daud.

Menurut Jamal, dia kini hidup bahagia dengan isterinya itu yang lebih mesra dengan panggilan Ima.

“Sekarang barulah saya berjumpa dengan perempuan (isteri) yang boleh membantu kehidupan saya seharian.

“Bagi saya Ima adalah calon isteri terbaik buat saya,” ujar beliau yang mengenali isterinya itu selama tiga tahun sebelum mereka bernikah.

Kata Jamal, isterinya itu juga mesra dan rapat dengan Osama Yamani yang kini sudah bersekolah tadika aliran Cina, Putra-Putriku di Teluk Intan, Perak.

Kesibukan memenuhi undangan menyanyi menyebabkan Jamal terpaksa berulang-alik dua kali seminggu untuk melawat isteri dan anaknya itu di sana.

Sementara itu, Ima yang ditemui berkata, buat masa ini dia mahu menjadi suri rumah sepenuh masa biarpun mempunyai diploma dalam bidang Pengajian Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

“Saya tidak rasa rugi menjadi suri rumah walaupun mempunyai diploma. Tetapi kalau ada masa, saya ingin sambung belajar,” katanya yang berasal dari Shah Alam.

Sebelum bernikah dengan Ima, Jamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Latiff dan Noraina Yusof.

Bagaimanapun dua perkahwinan bekas juara Bintang RTM 1979 itu berakhir dengan perceraian. Osama Yamani adalah anak tunggal Jamal hasil perkahwinannya dengan Noraina Yusof.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: