Jamal bersanding kali ketiga

JAMAL Abdillah dan isterinya, Fatimatuzahra Samat bersanding di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya malam tadi.

Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

PETALING JAYA 11 Feb. – Penyanyi bersuara emas, Jamal Abdillah, 46, dan isterinya, Fatimatuzahra Samat, 23, malam ini melangsungkan persandingan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di sini.

Pasangan pengantin yang berpakaian serba putih diarak ke dewan Hotel Singgahsana, Petaling Jaya dengan paluan kompang kira-kira pukul 8.45 malam, disaksikan oleh kira-kira 300 tetamu.

Turut hadir ialah ibu bapa pengantin perempuan, Jamaluddin Che Sab dan Dr. Faridah Mohd. Nazar selain bapa Jamal, serta anak tunggalnya, Osama Yamani, 5 tahun.

Majlis yang diadakan khas untuk saudara-mara dan sahabat handai itu diselangi dengan lagu-lagu popular Jamal dari album Aku Penghibur, antaranya Seroja, Aku Cinta Padamu dan Mencintaimu.

Sebelum berkahwin dengan Fatimatuzahra atau Ima, Jamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Latiff dan Noraina Yusof.

Bagaimanapun dua perkahwinan terdahulu Juara Bintang RTM 1979 itu berakhir dengan penceraian. Osama Yamani adalah anak tunggal hasil perkahwinannya dengan Noraina Yusof.

Join a NEW INCOME program:
http://goldmine.ProBusinessSuccess.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: