Norman, Abby rujuk semula

NORMAN Hakim mengucup dahi isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Oleh SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 11 Mei – Keutuhan kasih sayang mereka terbukti apabila pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi rujuk semula dalam masa kurang lima minit selepas memfailkan permohonan pengesahan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini.

Lafaz rujuk itu diucapkan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Rujuk dan Cerai, Mohamed Shouib Awalludin lebih kurang pukul 10.45 pagi.

Sebelum itu, kedua-dua mereka memfailkan permohonan pengesahan cerai di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Harun Hashim.

Kedua-dua permohonan mereka akan disahkan oleh Hakim Syarie, Muhammad Fauzi Ismail pada 18 Mei depan.

Norman atau nama sebenar Mohamed Nurhakim Zaidon, 30 dan Arbaieyah Abdul Manan, 28, atau Abby, bercerai talak satu pada 5 Mei lalu di Jalan Raja Laut di sini.

Ketika ditanya apakah punca kejadian sehingga menyebabkan lafaz cerai diucapkan, Norman menjelaskan kedua-dua mereka berada dalam keadaan tertekan dan kritikal.

Pada ketika itu, Abby mencelah mengatakan punca jatuhnya talak adalah disebabkan kesilapan dirinya yang terlalu mendesak dan pada saat itu, beliau tidak dapat menahan diri terus menangis lantas menyembamkan mukanya ke dada Norman.

Apabila ditanya mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka, Abby dengan tegas menyatakan: “Buat masa ini saya tidak akan maafkan dia.

“Kalau boleh saya hendak dia tahu betapa sakitnya saya terpaksa melalui semua ini”, ujar Abby.

Sementara itu Norman berkata, mereka berdua berhasrat menunaikan umrah bersama anak-anak sebagai usaha untuk membina kehidupan baru. [UM]

Dikirim dalam Rujuk. Leave a Comment »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: