Lelaki jadi suri rumah mula diterima

Oleh NOR ZAINAH NORDIN

CYBERJAYA 12 Mei – Fenomena lelaki meninggalkan kerjaya dan menjadi `suri rumah’ manakala isteri keluar bekerja serta menyara keluarga, semakin diterima di kalangan masyarakat khususnya di bandar-bandar besar di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementeriannya menyedari fenomena tersebut tetapi yang paling mustahak ialah setiap pasangan membuat pilihan sendiri untuk menjalani kehidupan sedemikian.

Katanya, kementerian tidak mempunyai statistik mengenai trend tersebut tetapi melalui pemerhatian beliau sendiri, fenomena yang jarang berlaku pada masa dahulu, kini sudah semakin menular dalam masyarakat Malaysia.

“Jika ia benar-benar berlaku, saya melihat ia sebagai satu keadaan yang memupuk suasana mesra wanita di tempat kerja. Walaupun kelonggaran ini semakin diamalkan di sektor awam tetapi pihak swasta masih enggan menerimanya.

“Ketika ini, perubahan polisi di peringkat swasta untuk kemudahan pekerja wanita seperti membenarkan suami bercuti panjang ketika isteri bersalin, menyediakan taska atau tadika dan pelbagai lagi, sungguh tidak memuaskan langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan TV3 Wanita Hari Ini (WHI) sempena sambutan Hari Ibu di Cyberview Lodge Resort & Spa, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata, bagi menangani perubahan paradigma itu, kerajaan perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran yang dimiliki oleh golongan bapa untuk mengisi fenomena tersebut.

Katanya, secara semula jadi, wanita bersifat keibuan dan cara mereka mendidik anak-anak sangat berbeza daripada lelaki.

“Ini menyebabkan golongan bapa perlu belajar ilmu kebapaan untuk menjadi pengurus rumah tangga yang baik.

“Namun, anak-anak memerlukan kedua-duanya – ibu dan bapa – ketika membesar dan bagi melengkapkan kehidupan keluarga. Kita tidak boleh biar anak-anak ini ketandusan kasih sayang seorang ibu,” katanya.

Isu fenomena songsang – lelaki mengambil peranan isteri sebagai pengurus rumah tangga sementara isteri keluar bekerja – dibincangkan oleh Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam, Siti Fatimah Abdul Rahman dalam ruangan Wacana Islam, Utusan Malaysia hari ini.

Siti Fatimah berkata, punca utama menyebabkan pasangan suami isteri membuat keputusan itu ialah kesukaran mendapat kemudahan penjagaan anak yang memuaskan hati. [UM]

2 Respons to “Lelaki jadi suri rumah mula diterima”

  1. anonymous Says:

    Salam sejahtera, saya sebagai suami memuji Puan Fatimah kerana pendedahan ini

    Berikut adalah respon saya berdasarkan nas-nas dalam Al-Qur’an, Hadis, Ijmak dan Qias – mengikut iktikad ahlussunnah wal jamaah 4 Madzhab yang rojeh. Namun, ini bukanlah pendapat yang muktamad dan hanya pendapat awam.

    Di zaman ini, wanita sudah pendidikan dan ramai yang sudah mampu menduduki jawapan serta menjadi usahawan yang berjaya.

    Namun ada beberapa perkara perlu menjadi perhatian :

    a. Ditakdirkan wanita itu adalah seorang isteri – contohnya lebih berkelayakan tinggi berbanding suaminya, maka ramai wanita yang mengambil mudah malah sesetengahnya menanggung perbelanjaan termasuk suaminya.

    – Seorang suami dibenarkan mengambil hadiah wang atau perbelanjaan dari isterinya kerana mungkin isteri itu ingin membantu meringankan beban suaminya.

    – Tetapi isteri tidak sekali-kali mengungkit-ngungkit pemberian (hadiah) kepada suaminya itu.

    – Malah jika suaminya ingin membelanjakan duit hadiah berkenaan dengan cara yang dibenarkan syarak pun tidak boleh isteri menghalangnya

    – atau meletakkan syarat atas pemberian berkenaan kecuali kedua-duanya redha dengan keadaan berkenaan.
    (Namun ini akan membayangkan suami itu seperti tidak faham akan agama dan sangatlah dhaif keadaan suami sebegini dan mungkin terjatuh dalam kategori dayus)

    – Malah suaminya itu boleh menghadiahkan kembali duit berkenaan kepada isterinya jika dia mahu.

    – atau seorang suami yang bijak dan berpengalaman serta mahir berniaga, mungkin akan menjadikan wang yang dihadiahkan isterinya menjadi modal perniagaan dan memberikan kembali dengan bahagian-bahagian tertentu dari keuntungan bersih perniagaan sebagai satu nafkah diri, isteri dan keluarganya, maka pemberian itu adalah nafkah atas dasar suami itu berniaga. (Gaji pun demikian juga – ada zakatnya, ada bahagian nafkahnya)

    – Jika suami dan isteri itu berkongsi wang masing-masing samada dan sama-sama berbelanja untuk keperluan rumah termasuk anak-anak, maka ini boleh dikira harta sepencarian dan ianya perlu dikategorikan mengikut syarak jika berlaku perceraian (malah jika berlaku perceraian sekalipun, bekas suami wajib memberikan nafkah kepada isterinya)

    – kalau suaminya itu berhutang dengan isterinya, maka dia wajib membayar kembali hutang isterinya atas dasar janjinya dan tidak boleh mengira pembayaran kembali hutang itu sebagai nafkah pula kecuali kedua-duanya redha atau isteri tadi menghalalkan hutang yang diberikan kepada suaminya.

    – Jika suami itu berjanji untuk membayar hutang isterinya, maka dia wajib membayar hutang berkenaan. Malah dia perlu mencari wang yang lain untuk nafkah diri, isteri dan keluarganya dengan jalan bekerja walau kena menyapu sampah sekalipun dan mengambil upah.

    – seorang suami tidak boleh malah haram mengikut sesetengah ulama menggugurkan taklif syarak ke atas dirinya bagi mencari nafkah diri, isterinya dan keluarganya tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarie – contohnya benar-benar tidak mampu seperti cacat anggota (namun ini masih lagi bergantung kepada keadaan – kerana ada orang cacat pun dapat bekerja) atau

    – seorang suami tidak boleh meminta isterinya tolong mencarikan wang untuk menanggung dirinya dan keluarganya selagi dia masih mampu mencari nafkah walaupun isterinya lebih banyak duit darinya sekalipun.

    – kurang kelayakan akademik atau pengalaman atau kemahiran berbanding isterinya atau kurang gajinya/pendapatannya dibandingkan dengan isterinya sekalipun.

    – Syarak telah menetapkan seorang suami wajib mencari nafkah kerana nilai RM1.00 sekalipun dari suami kepada keluarganya atas niat mencari nafkah dengan cara yang halal berbeza dengan nilai RM1000.00 dari isterinya pada pandangan syarak.

    – Hatta seorang suami itu diisytihar muflis sekalipun, dia masih perlu mencari nafkah sekadar kemampuannya kerana muflis bukan alasan selagi dia ada tulang 4 kerat, akal fikiran & tubuh badan yang sihat dll. (Namun ini juga adalah bergantung kepada keadaan)

    – Seorang suami yang bijak di zaman ini, biasanya akan mengizinkan isterinya bekerja atau belajar atau menuntut ilmu, maka kewajiban isteri ialah menjaga maruah dirinya, menutup auratnya, berawas dalam pergaulan bukan muhrim di tempat kerja dan belajarnya serta melakukan kerja yang dibenarkan oleh syarak.

    – Ini penting kerana jika suaminya meninggal atau menceraikan isterinya, seorang isteri yang hanya menjadi surirumah sepenuh masa dan bergantung penuh kepada suaminya sebelum kematian atau perceraian, akan menghadapi masalah yang besar jika isterinya itu tiada pengalaman kerja atau latarbelakang pendidikan (tiada ilmu) – keadaan ini akan menyukarkan seorang isteri untuk menanggung diri dan anak-anak di bawah jagaannya jika suaminya meninggal atau menceraikannya.

    Ingatlah, seorang suami selagi mampu mencari nafkah – tidak boleh diletakkan dalam 8 asnaf (kecuali dalam hal-hal tertentu) dan haram menerima zakat.

    – Hadiah adalah masalah lain, hutang masalah lain, nafkah masalah lain.

    – Inilah fenomena yang jika salah cara akan menyumbang kepada perceraian, suami memeras isteri untuk wang atau sebalikya, suami menggunakan wang secara merampasnya atau mencurinya dari isterinya untuk tujuan maksiat, suami tersungkur dalam gelanggang dayus dengan disedari atau tidak disedari dan tuntutan-tuntutan kes mahkamah syariah.

    Sesungguhnya perhubungan seorang suami dan isteri telah ditetapkan oleh syarak. cuma jika suami dan/atau isteri itu tidak tahu atau kurang pengetahuannya sahaja yang tidak mahu belajar hukum.

    Kini ada pula sistem MLM yang menggajikan suami – suruh suami dok diam kat rumah, pakai mercedes isteri dan suami boleh berihat. Walaupun niatnya baik seorang isteri tetapi jika tidak mengikut apa yang dituliskan di sini, maka yang niat yang baik itu tetap menjadi songsang.

    Wallahualam

  2. anonymous Says:

    Di sini, saya merujuk kepada artikel IKIM oleh Puan Fatimah Rahman dan saya sangat kagum dengan kajiannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: