Keluarga akan ke rumah Ina beri penjelasan


JOHOR BAHRU 2 Julai
– Kakak penyanyi popular Mawi, Rashidah Ani berkata, keluarganya akan mengadakan perjumpaan dengan keluarga bekas tunang adiknya, Nor Diana Md. Naim, dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan secara rasmi status hubungan mereka.

Beliau berkata, keluarganya tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian sebelum ini kerana keadaan tidak mengizinkan berikutan bapanya ketika itu sakit tenat.

‘‘Kami nampak pihak sana (keluarga Diana) minta putus, jadi kami akan pergi kepada mereka. Tetapi buat masa ini, tunggulah dulu kerana ayah baru pulang ke rahmatullah,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas majlis pengkebumian jenazah bapanya, Ani Ahmad, 66, di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, di sini hari ini.

Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pukul 9.55 malam tadi.

Menurut Rashidah, mereka sekeluarga perlu berbincang dan mencapai keputusan sebulat suara sebelum mengunjungi rumah Diana (Ina).

‘‘Kami, keluarga Mawi, merestui pertunangannya dengan Ina dulu dan begitulah sebaliknya tetapi alasan mengapa kami lambat (memberitahu putus tunang) ialah keadaan ayah kami yang tidak membolehkan kami berbincang.

‘‘Selepas habis kenduri dan tempoh cuti ini, kami akan mencapai kata sepakat dan akan ke rumah Ina,” ujarnya. [Utusan]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: