Sarkozy kahwini teman wanitanya


PARIS 2 Feb. – Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy akhirnya mengahwini teman wanitanya, seorang model terkenal, Carla Bruni di Istana Elysee, hari ini.

Perkahwinan tersebut disahkan sendiri Datuk Bandar Paris, Francois Lebel yang mengahwinkan pasangan ini.

“Kedua-dua pasangan ini mengenakan busana serba putih dan seperti biasa pengantin perempuannya kelihatan sungguh menawan hati tetamu yang hadir.

“Manakala, oengantin lelaki, tidak kurang kalahnya,” katanya.

Menurut Ketua Bandar ini, Sarkozy, 53, dan isterinya Bruni, 40, berkahwin dalam satu majlis yang hanya dihadiri kaum keluarga dan kenalan rapat di istana itu.

Mengikut Undang-undang Perancis, kedua-dua pasangan pengantin mesti melafazkan ikrar di hadapan Ketua Bandar sebelum diisytiharkan rasmi sebagai suami isteri.

Pasangan yang mencetuskan perhatian media dan orang ramai ini dikatakan mula bertemu pada November tahun lalu selepas Sarkozy berpisah dengan isteri keduanya, Cecelia.

Walaupun Sarkozy begitu mendedahkan kehidupan peribadinya namun pasangan ini begitu merahsiakan tarikh perkahwinan mereka.

– AP

“Orang ramai hanya akan mengetahui mengenai majlis itu apabila majlis perkahwinan itu berlangsung,” kata Sarkozy.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, dan lain-lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: