Noor Fadilah yang lari bersama pemuda Lombok dibawa pulang hari ini


Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) bersama ibu bapa Noor Fadilah, Ahmad Abdul Hamid (kiri) dan Masitah Abdullah (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Selaparang, Lombok di Nusa Tenggara Barat, semalam.- Bernama

Noor Fadilah Ahmad, 18, yang melarikan diri bersama kekasihnya, seorang pemuda berasal dari Lombok Timur sejak dua bulan lepas akan dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

Dinas Imigrasi Mataram mengesahkan Noor Fadilah, yang berkahwin dengan Nasrudin Dahrom, 24, dibenarkan pulang ke Malaysia tanpa dikenakan hukuman penjara kerana memasuki Lombok secara haram sejak 6 September lalu.

Toleransi dan kerjasama yang baik oleh pihak imigrasi Indonesia ini diberikan setelah mengadakan rundingan sekitar dua jam sahaja antara Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO dan Dinas Imigrasi Mataram dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di kantor Inmigrasi Mataram pada 27 Oktober 2008

Rundingan itu diadakan antara Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO dan Ketua Seksyen Pengawasan dan Tindakan Imigresen Daerah Mataram, M. Adnan.

Turut serta dalam rundingan itu ialah Kaunselor (Konsular, Imigresen dan Sumber Manusia) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Mohd. Zahari Hassan dan Setiausaha Sekretariat, Datuk Muhd. Khairun Aseh yang juga seorang peguam.

“Perkara itu berjaya diselesaikan dalam semangat setiakawan Malaysia dan Indonesia,” kata Abdul Azeez yang mengetuai misi membawa pulang Noor Fadilah selepas kes itu mendapat perhatian umum sejak 24 September lepas.

Mengikut peraturan Dinas Imigrasi Indonesia, seseorang yang memasuki Indonesia secara tidak sah boleh dikenakan hukuman penjara enam tahun atau denda Rp 3 juta.

“Saya optimis Noor Fadilah akan dipertemukan dengan ibu bapanya di sini esok,” kata Abdul Azeez yang mengetuai misi membawa pulang Noor Fadilah.

Turut serta ialah ibu bapa Noor Fadilah, Ahmad Abdul Hamid, 46, dan Masitah Abdullah, 42.

Noor Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedung, Bagan Serai, Perak lari bersama Nasrudin ke Lombok pada September lepas.

Perbuatan itu tanpa keizinan ibu bapa Noor Fadilah yang tidak merestui hubungan cinta pasangan tersebut.

Ahmad ketika ditemui pemberita berkata: “Tak sabar nak jumpa selepas hampir dua bulan berpisah. Saya amat berterima kasih kepada Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO yang amat prihatin. Saya terhutang budi kepada UMNO.”

Berita Terkait:
1. Fadilah sudah kahwin
2. ‘Saya nak pisahkan mereka’

Berita ini disunting dari Utusan Online, 28/10/08. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: