Bunga Sinclair tiba di KL


ASHRAF Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang melangsungkan pernikahan Sabtu lalu, tiba di Kuala Lumpur, semalam. Pasangan tersebut diterbangkan dari Jakarta dengan pesawat peribadi yang ditaja khas, selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor. – Gambar AHMAD ZAKKI JILAN

Setelah mengadakan resepsi perkawinan ala Minangkabau di Jakarta minggu lalu pasangan aktor Mohamed Ashraf Daniel Sinclair, 28, dan Bunga Citra Lestari, 25, tiba di Kuala Lumpur petang semalam.

Mereka menaiki pesawat peribadi dari Jakarta yang ditaja khas sebagai hadiah perkawinan, mendarat di bandara Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor pukul 4.50 petang.

Kedua-dua mereka kelihatan berseri-seri sebaik keluar daripada pesawat sambil ditemani rakan-rakan artis seperti Sazzy Falak dan Syed Azmir.

Bunga yang ditanya mengenai pernikahannya berkata, hidupnya kini bertambah bahagia dan bersyukur kerana segala perjalanan majlis pernikahannya berjalan lancar.

Jumaat ini, majlis ala Inggeris di pihak keluarga Ashraf akan berlangsung di The Saujana Kuala Lumpur Hotel, Subang.

Keesokannya, satu majlis tertutup dengan adat Melayu akan diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Petaling Jaya, khusus untuk keluarga terdekat Ashraf.

Berita ini disunting dari Utusan Online & Kosmo, 13/11/08. Pautan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, i-chargezeromax.com, manggis.info, Artikel Sentral. Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: