Reaksi terhadap Kelab Poligami


Poligami rendahkan martabat

POLIGAMI satu isu yang tidak pernah reda apa lagi padam dalam arena kehidupan manusia, malah topik ini sentiasa segar diperbualkan khususnya di kalangan kaum lelaki yang ingin menambah bilangan isteri.

”Namun pada saya bab orang lelaki hendak berpoligami hingga empat sekali pun, itu sudah menjadi lumrah alam dan menjadi hiburan yang menyeronokkan terutama apabila mereka bercerita dan satu-satu kumpulan. Tambahan pula jika si tukang cerita adalah kalangan mereka yang mendakwa bahagianya berpoligami.

”Walau apa pun tujuan saya bercerita di ruangan DCCK ini adalah untuk melahirkan rasa terkejut dan meluat saya apabila membaca tajuk-tajuk akhbar baru-baru ini tentang usaha beberapa orang wanita yang berpoligami ingin menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk membantu wanita yang dipoligamikan.

”Tujuan persatuan ini menurut penganjur persatuan itu adalah untuk memudahkan lelaki yang ingin berpoligami dan wanita yang bakal dipoligamikan supaya mereka tidak menghadapi masalah dalam proses berpoligami selain untuk memudahkan lagi kehidupan mereka yang berpoligami.” Demikian menurut Rostina dalam e-melnya kepada penulis.

”Pada pandangan saya tujuan menubuhkan persatuan poligami itu seolah-olah merendahkan lagi taraf dan martabah kaum wanita. Jelas sekali lahirnya kaum wanita di muka bumi ini semata-mata untuk menjadi tempat pelepas nafsu kaum lelaki di samping menjadi kilang untuk melahirkan anak.

”Persatuan itu bukan sahaja merendahkan martabat kaum wanita, bahkan merendahkan lagi maruah kaum lelaki bahawa hidup mereka di dunia ini tidak ada lain selain memikirkan soal seks sahaja, tidak lebih daripada itu.

”Tidak dinafikan ramai lelaki Melayu di negara ini bagaikan berebut menambahkan bilangan isteri. Kalau tidak diizinkan berkahwin di tempat sendiri, mereka akan bekerja keras untuk mencapai hasratnya, walaupun terpaksa kahwin lari ke Siam, ke Batam ke Medan dan sebagainya asalkan hasrat mereka terlaksana.

”Kalau gagal juga mereka akan mencari seks secara haram seperti melanggan pelacur, melakukan sumbang mahram, merogol dan banyak lagi.

”Sebagai wanita, dan juga seorang ibu yang mempunyai anak-anak gadis yang bakal berkahwin, saya merasa sangat malu dengan situasi ini. Seolah-olah tujuan perkahwinan adalah untuk memperolehi wanita hanya untuk seks, memperoleh anak, melampiaskan nafsu, dan kepuasan lelaki semata-mata.

zuriat

”Pernahkah kita bertanya secara jujur terfikir apakah sebenarnya tujuan wanita apabila mereka ingin berumah tangga? Adakah tujuan seks, adakah ia semata-mata untuk mendapatkan zuriat. Saya rasa tidak sama sekali!

”Pada pandangan saya apabila melangkah ke alam rumahtangga, setiap wanita perlukan lelaki lebih sebagai pelindung, menjaga maruah diri dan keluarga dan paling utama mengeratkan hubungan antara dua keluarga dalam ikatan perkahwian yang murni.

”Wanita juga perlukan suami sebagai pembimbing untuk menjalani kehidupan bahagia, di samping menjalankan perintah Allah sebagai syarat utama.

”Tugas suami isteri tidak habis setakat tujuan seks semata-mata, sebaliknya tumpuan lebih kepada zuriat yang bakal lahir supaya menjadi insan kamil, insan solehah, berbudi luhur, menjadi manusia berguna kepada keluarga, agama dan negara.

”Masalahnya kepada sesetengah lelaki, bagi mereka wanita bukan setakat untuk dijadikan isteri, sebaliknya menjadikan wanita lebih sebagai tempat pemuas nafsu seks suami sahaja. Apabila tidak berpuas hati dengan isteri, ataupun kerana ada kesempatan lain, maka mereka dengan sesuka hati menambah isteri lagi.

”Saya rasa amat sedih, bila seorang lelaki yang pendapatan tak seberapa tetapi masih ingin berpoligami. Bila ini terjadi maka kehidupan anak-anak menjadi korban, pelajaran tak sampai ke mana, jiwa mereka tertekan terutama apabila kurang duit dan kasih sayang dari ayah. Apakah kita ingin melihat anak-anak bangsa kita hidup tak ketentuan hala? Merempat. Sedangkan kaum lain hidup lebih mewah daripada kita?

”Ketika ini masyarakat Islam kita amat tercabar, kita masih lemah dan mundur dalam ekonomi, golongan orang Melayu kaya tidak seberapa. Rata-rata ramai yang miskin, kalau tak percaya, lihat setiap musim pelajar melangkah ke IPTA mereka masih menagih bantuan kewangan. Ramai ayah lepas tangan malah mengharapkan bantuan kerajaan. Akibat lewat dapat PTPTN ramai yang tersadai tak dapat teruskan pengajian.

”Sedihnya bila hendak kahwin lagi ramai suami mengaku mampu banyak duit, tetapi bila anak nak melanjutkan pelajaran mereka terang-terang kata tak ada duit. Jelas mereka hanya mementingkan diri sendiri dan nafsu semata-mata. Sepatutnya kaum lelaki dan wanita yang ingin tubuhkan persatuan poligami ini berfikir dan memandang ke hadapan lebih jauh lagi, lihatlah betapa payahnya anak-anak kaum kita hendak mengharung arus kehidupan yang semakin mencabar pada masa hadapan.

”Saya memikirkan sudah sampailah masanya kaum lelaki khasnya umat Islam di negara ini dan di mana sahaja berfikir dengan lebih luas lagi. Bahawa poligami bukanlah segala-galanya, sebaliknya masa hadapan anak-anak patutnya lebih diutamakan. Kerana mereka bakal menempuh kehidupan yang lebih mencabar lagi, jika tersalah langkah mereka akan menghadapi seribu satu macam masalah khususnya dalam ekonomi.

”Jika di zaman para nabi, dengan tiada sistem pengangkutan yang canggih, keadaan geografi yang kering di padang pasir dan dalam suasana perjalanan yang sukar, Memang tidak dinafikan poligami boleh diamalkan, lagipun mereka tinggal dalam kawasan yang sangat jauh, terpaksa mengembangkan ajaran Islam dan demi menambah keturunan.

”Sebaliknya di Malaysia, perjalanan dari Utara ke Selatan tidak sampai enam jam, tambahan sudah banyak tambang kapalterbang murah, jadi apakah perlunya poligami. Bila memikirkan isu ini, kadang kala saya terfikir bahawa kaum lelaki ini tidak ada lain yang mereka fikirkan selain seks dan poligami.

”Sepatutnya sebagai ayah dan ketua keluarga mereka berfikiran dan berpandangan jauh tentang masa depan anak-anak mereka. Apakah anak-anak mendapat pelajaran secukupnya, apakah kedudukan ekonomi mereka sudah kukuh. Apakah bekalan yang bakal mereka tinggalkan untuk anak-anak pewaris agama dan bangsa mereka nanti.

”Dalam kehiduapan masyarakat Melayu beragama Islam kita hari ini mereka tidak ada kekuatan ekonomi. Hidup sentiasa memerlukan bantuan kerajaan. Sampai bila harus begini, apakah kaum lelaki tidak terfikir tentang masa depan anak-anak mereka?

”Sepatutnya sebagai ayah kehidupan anak-anak didahulukan, bukan hanya berfikir bagaimana cara mudah berpoligami dan kepada kaum wanita fikirkanlah nasib anak-anak bukan berpesatuan untuk mengamankan hidup isteri-isteri yang berpoligami.

”Wahai kaum lelaki, bukalah mata, bangkitlah berfikirlah lebih matang demi anak-anak, bangsa Melayu dan agama Islam kita pada masa depan.” Demikian cerita Rostina panjang lebar.

Walaupun ramai kaum lelaki tidak setuju dengan pandangan Rostina, tetapi berfikirlah secara lebih terbuka bagaimana untuk meninggikan lagi ekonomi bangsa Melayu dan mengangkat tinggi martabat agama Islam kita supaya tidak dihina dan diperlekehkan oleh bangsa asing. [ARKIB UTUSAN : 16/08/2009


Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.
Dikirim dalam Poligami. 3 Comments »

3 Respons to “Reaksi terhadap Kelab Poligami”

  1. firdaus muhammad Says:

    salam,,.em mungkin singgahan ana di blog ni tidak lengkap jike ana tak mengemukakan pendapat ana sebagai seorang lelaki,daie, dan seorang bakal suami pade suatu mase nanti,,poligami bukanlah satu wadah untuk merendahkan taraf seorang wanita, meskipun seorang lelaki sekalipun,,mungkin kite ni terlalu mudah memandang nila yg setitik,,lalu terlalu mudah menyalahkan susu sebelanga.,,saudari,,poligami ini adalah satu perkare yg diharuskan dalam Islam,,maknenye, ia termasuk dalam syariah islam,,siape yg cipte syariah Islam ni??sudah tentu Allah,,sesungguhnye Allah itu lebih mengetahui segale2 nye,,kite ni hambe yg hine lagi cetek ilmunye ni,,tak layak langsung untuk mempertikaikan ape yg ditetapkan Allah,,jangan menjadi terlalu emosional,,jadilah seorang yg rasional,,em mungkin enti xbape stuju ngan ana ek??mungkin kite leh bincang melalui emel ana,,al_milangi@yahoo.comhuffatuljannah@gmail.comwww.firdausmuhammad.wordpress.com

  2. anjakanparadigma Says:

    salam,saya seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu.secara dasarnya saya tidak bersetuju apabila ramai pihak, terutama kaum sejenis saya yang menentang poligami kerana ia merupakan hukum Allah.Poligami itu adalah suatu kelebihan yang Allah berikan kepada kaum lelaki, TETAPI BUKANLAH BOLEH DIPERGUNAKAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA.Kita seharusnya tidak bercakap mengenai keburukan berpoligami kerana itu adalah syariat yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Mengetahui.Keburukan yang kita nampak itu sebenarnya adalah pengaruh emosi diri kita semata-mata.Tetapi apa yang harus dibincangkan ialah BAGAIMANA UNTUK BERLAKU ADIL didalam sesuatu poligami itu.amat mengecewakan apabila ada wanita yang dengan rasa sombong menolak poligami itu semata2 kerana dia merasakan suaminya adalah miliknya secara mutlak, dia lupa yang bukan shj suaminya, tetapi dirinya juga adalah milik,Allah Azza wajallaSekalipun saya sendiri tidak pernah merasakan pahit manis berpoligami, saya percaya, jika kita meletakkan dan menyerahkan jiwa kita kepada Allah Rabbil 'Alamin, tidak ada apa yang akan menyekat kita dari menikmati kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaallah.

  3. Pak ngah Says:

    Poligami bukanlah praktis majoriti rakyat M'sia malah dunia sekalipun, ia hanya lah kes terpencil yg mana sesetngah lelaki Islam merasakannya satu keperluan, pendek kata ramai lelaki masih memilih monogami.Kalau isteri satu dah bagus dari segi layanan sebagaimana dituntut oleh Islam, apa perlunya tambah isteri.Manusia berhak menafsir apa saja dari An-Nisa' ayat 43 ini, tetapi ini saranan Allah, tak wajib tak sunat tapi yg empunya diri akan dipersoalkan di akhirat nanti, siapalah kita nak mempersoalkan amalan amalan manusia lain, lain lah kalau melakukan kemungkaran.Tegurlah perkara yang patut ditegur bukannya perkara yg Allah sendiri dah bagi amaran spt "jika kamu tidak mampu berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja".


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: