Pasangan nikah batin ke mahkamah

Mohd. Noor



KUALA LUMPUR – Seorang isteri kepada ahli perniagaan mendakwa dirinya telah bernikah batin atau ‘tajdi’ iaitu tanpa kehadiran wali, saksi dan jurunikah sebelum mereka sekali lagi dinikahkan secara sindiket di Thailand pada Jun dan Julai 2005.

Berasa diri teraniaya serta ragu-ragu tentang pernikahan yang telah ‘berlangsung’ empat tahun lalu, Siti Zaharah Zakaria mengambil keputusan memfailkan permohonan pengesahan nikah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mengetahui status sebenar dirinya.

Siti Zaharah, 44, selaku pemohon memfailkan permohonan tersebut terhadap Mohd. Noor Nordin, 41, mengikut Seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Siti Zaharah semasa hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.



Siti Zaharah yang hadir bersama peguam syarie, Zaidi Ibrahim enggan memberi komen selain cuba mengelakkan gambarnya dirakam.

Mohd. Noor pula yang dinamakan sebagai responden hadir tanpa diwakili peguam.

Dalam prosiding semalam, Zaidi memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan tersebut pada 10 November lalu dan dua hari kemudian mereka telah memasukkan afidavit tambahan.

“Notis penyampaian saman dan afidavit tambahan telah diserahkan kepada responden dan dia hadir pada hari ini,” katanya.

Peguam itu juga memberitahu bahawa terdapat dua isu besar dalam permohonan iaitu pemohon dalam afidavit mendakwa dia dan responden bernikah secara batin atau ‘tajdi’ dan juga nikah sindiket di Thailand tanpa dokumen sah.


Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: