Woods minta maaf mengaku curang


WOODS bersama isteri, Elin serta anak mereka, Sam dan Charlie di samping anjing peliharaan keluarga itu, Yogi dan Taz.



PEMAIN golf No. 1 dunia, Tiger Woods secara terbuka memohon maaf ekoran kecurangan terhadap isterinya dan mengumumkan berehat daripada sukan itu.

Bintang profesional itu mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasmi beliau semalam sekali gus mengesahkan skandal hubungan sulit Woods, 33, dengan beberapa wanita seksi.

Beliau kesal melukakan isterinya, Elin Nordegren, 29, bekas model Sweden yang dikahwininya pada 2004 sehingga dikurniakan dua anak, Sam dan Charlie.

“Saya menyedari kekecewaan kerana kecurangan saya melukakan ramai orang, terutama isteri dan anak-anak saya. Justeru, saya meminta maaf,” katanya.

Woods kini mahu memberi tumpuan penuh sebagai suami dan bapa yang lebih baik serta meminta semua pihak menghormati hak untuk bersendirian tanpa gangguan.

Skandal tercetus apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan misteri pada awal pagi 27 November lalu berhampiran dengan rumahnya di Isleworth, Orlando dekat sini.

Pihak polis peronda lebuh raya Florida bingung mendapati punca nahas kenderaan utiliti sukan Cadillac Escalade yang dipandu Woods tidak melibatkan apa-apa pengaruh dadah atau alkohol.

Media Amerika Syarikat kemudian membongkar nahas itu dengan siri kisah peribadi Woods yang akhirnya mendedahkan beliau mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita termasuk pelacur kelas atasan yang dibayar lumayan.

Kelmarin, isteri Woods memberi kata dua kepada suaminya itu agar terus meninggalkan kerjaya sukan golf sebagai syarat untuk mengekalkan rumah tangga mereka daripada terus bergolak. – Agensi

Sumber: Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, manggis.info,

Dikirim dalam Skandal. Leave a Comment »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: