Diperintah taat, bayar hutang


Tengku Muhammad Fakhry menjawab soalan wartawan ketika keluar dari Mahkamah Syariah Tinggi di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
pengarang@utusan.com.my



KOTA BHARU 13 Dis. – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra Hakim hari ini berjaya dalam kedua- dua tuntutan terhadap isterinya, Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepadanya.

Hakim Syarie, Mohd. Yusof Awang dalam keputusannya berkata, kedua- dua perintah tersebut berkuat kuasa sebaik sahaja plaintif melafazkan sumpah ”yamin istizhar” atau sumpah memperjelaskan di mahkamah yang sama pada 3 Januari tahun depan.

Dalam hujah penghakiman selama kira-kira sejam itu, Mohd. Yusof memerintahkan Manohara kembali taat dalam tempoh 14 hari dari tarikh sumpah tersebut dilafazkan oleh suaminya.

Defendan juga diperintahkan membayar semula jumlah hutang yang dituntut secara serentak dalam tempoh 30 hari juga, sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry melafazkan sumpah.

Mohd. Yusof dalam keputusannya berkata, tuntutan plaintif telah mematuhi segala peruntukan yang termaktub dan Enakmen Undang-Undang Keterangan dan Keluarga Islam Kelantan dan berada dalam bidang kuasa mahkamah Syariah Tinggi memutuskannya.

“Saya berpuas hati dengan segala keterangan pihak plaintif serta keterangan saksi yang dipanggil sebelum ini, setelah meneliti tuntutan yang dikemukakan dan mengambil kira semua perkara, mahkamah memerintahkan defendan kembali taat dan membayar hutang kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan.

”Jika dalam tempoh yang ditetapkan, defendan gagal mematuhi perintah, dia dianggap seorang derhaka dan nusyuz iaitu gugur daripada mendapat hak-hak dan nafkah yang sepatutnya diterima sebagai seorang isteri,” ujarnya.

Sebelum itu, sebaik keluar dari dewan mahkamah, Tengku Temenggong telah melahirkan perasaan gembira dengan kelancaran proses penghakiman terhadap dua kes tuntutannya.

”Kelancaran proses penghakiman hari ini menggembirakan dan berharap semua orang akan menghormati perintah yang telah dinyatakan oleh yang arif hakim,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah.
Ditanya apakah beliau berharap Manohara akan kembali ke pangkuannya, beliau menjawab: “Ya, sudah tentu.”
Saksi tunggal, Tengku Azwani Tengku Iskandar serta beberapa anggota keluarga turut hadir memberi sokongan.

Sementara itu, Peguam Syarie, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry berpuas hati dengan keputusan hari ini dan berkata, Manohara perlu mentaati perintah mahkamah agar tidak hilang beberapa kelayakan.

The Proper Conduct of Marriage in Islam (Adab an-Nikah): Book 12 of Ihya 'Ulum ad-Din”Peluang kepada Manohara untuk datang ada tetapi tidak digunakan jadi keputusan telah ditetapkan hari ini untuk dia kembali taat dalam tempoh 14 hari daripada 3 Januari tahun depan.
”Kalau ingkar dan tidak taat, dia menjadi isteri yang derhaka dan haknya akan gugur termasuk nafkah dan kalau berlaku perceraian sebahagian hak lain juga akan hilang,” katanya.

Menyentuh mengenai sumpah ‘yamin istizhar’, Zainul menjelaskan, ia berhubung dengan sumpah untuk memperjelaskan sesuatu dalam keadaan defendan tidak hadir.
”Apabila defendan tidak hadir untuk memberi keterangan atau kekurangan bukti-bukti atau saksi, hukum syarak membenarkan dibuat sumpah ”yamin istizhar” untuk sabitkan kes kepada yang dituntut,” katanya.

Pada 3 November lalu, peguam syarie kepada Manohara iaitu Mohd. Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie telah menarik diri daripada mewakilinya dalam kedua-dua kes tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: