Pilu di majlis nikah anak ‘Tok Mat’

PETALING JAYA 2 Jan. – Walaupun masih bersedih dengan kematian bapanya semalam, anak bongsu Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Nur Jasni selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Liza Mydin hari ini.

Upacara pernikahan anak bekas Menteri Penerangan itu berlangsung dalam suasana penuh kesedihan kerana ia diadakan bersama majlis tahlil Allahyarham di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer di sini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Jurunikah Jalan Templer yang juga Imam 1 masjid berkenaan, Mohd. Adam Sarpan dan dengan sekali lafaz, Nur Jasni, 37, sah menjadi suami kepada Liza, 28.

Para hadirin jelas sebak ketika imam masjid itu mengetuai majlis bacaan tahlil tersebut yang diadakan sebelum majlis mengakad nikah.

Menurut Nur Jasni, upacara pernikahannya tetap diteruskan kerana segala persiapan telah diatur.

Bagaimanapun, majlis resepsi perkahwinan yang dijadualkan berlangsung di Hotel Equatorial Kuala Lumpur malam tadi dibatalkan.

Mengulas mengenai majlis pernikahannya hari ini, Nur Jasni berkata, beliau terasa seperti kehilangan sesuatu kerana ayah tiada di sisi pada majlis yang bermakna itu.

Isterinya, Liza pula berkata, sebelum ini Allahyarham begitu mengalu-alukan kehadirannya untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya.

“Saya perlu tabahkan hati walaupun sedih. Ayah seorang lelaki yang baik, bersifat kebapaan dan begitu mudah untuk didekati,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah pelakon, Nur Aliah Lee.

Sementara itu, balu Allahyarham, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid bersyukur kerana segala persiapan yang diatur berjalan dengan lancar meskipun berlangsung dalam suasana yang agak muram.

“Saya terharu dengan kehadiran sahabat handai Allahyarham hari ini.

When Markets Collide: Investment Strategies for the Age of Global Economic Change“Cuma, saya agak terkilan kerana beliau tidak sempat melihat upacara pernikahan anak bongsu kami hari ini,” katanya sebak.

Mohamed yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Mat’ meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara dekat sini pagi semalam.

Allahyarham juga merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO yang aktif menjalankan pelbagai program berbentuk mendekati rakyat.

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: