Hanya lelaki berwibawa berhak berpoligami

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Beberapa tokoh agama terkenal negara sependapat menyatakan bahawa hanya lelaki yang benar-benar berwibawa dan mampu berlaku adil sahaja boleh berpoligami.
Selain itu, mereka juga berpendapat, lelaki yang mahu berpoligami juga seharusnya mengambil keputusan itu bukan hanya didorong nafsu semata-mata.

Women, Family, and Gender in Islamic Law (Themes in Islamic Law)Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, sebelum berpoligami, seorang lelaki itu perlu memikirkan sama ada mereka mampu atau tidak untuk membimbing isteri masing-masing.

“Jika lelaki tersebut tidak mampu membimbing seorang isteri yang sedia ada, bagaimana pula dia boleh membimbing isteri-isteri barunya yang lain?

“Ciri-ciri untuk berpoligami bukan sekadar hanya mampu dari sudut kewangan tetapi ia perlu dipertimbangkan dalam banyak perkara,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat yang membidas sikap lelaki dari negeri itu yang suka berpoligami semata-mata mahu memeras keringat dan harta isteri tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar sebagai seorang suami.

Nik Abdul Aziz berkata, kejahilan tentang poligami menyebabkan ramai lelaki Melayu dari Kelantan beristeri lebih dari seorang dan isteri- isteri berkenaan terpaksa bekerja mencari rezeki untuk suami.

Dalam pada itu, Dr. Asri turut mencadangkan agar pihak bertanggungjawab menghukum lelaki yang menipu mana-mana wanita untuk kepentingan diri.

“Ini kerana ada juga lelaki yang menipu bakal isteri dengan menyatakan dia mempunyai kerja dan sumber kewangan yang kukuh.

“Mahkamah perlu memainkan peranan dengan menilai semula status perkahwinan mereka sekali gus menjatuhkan hukuman ke atas suami yang didapati menipu isteri dalam soal ini,” tegasnya.

Mengulas perkara yang sama, pendakwah bebas, Md. Daud Che’ Ngah berkata, Islam hanya membenarkan poligami jika seseorang lelaki itu benar-benar boleh berlaku adil.

“Islam menyuruh lelaki yang mahu berpoligami agar berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suami.

“Agama kita sama sekali tidak membenarkan seseorang lelaki berkahwin hanya kerana mahu mengaut keuntungan daripada wanita yang dikahwininya,” jelasnya.

Sehubungan itu Md. Daud berkata, lelaki yang berpoligami seharusnya mampu memberi nafkah zahir dan batin serta prihatin terhadap isteri dan anak-anak.

“Jika seseorang lelaki mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak, mereka sebenarnya bergelumang dengan dosa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd. Farid Ravi Abdullah pula berkata, lelaki yang berniat untuk berpoligami harus melihatnya dari sudut agama dan bukannya nafsu semata-mata.

“Sebelum berpoligami, mereka perlu melihatnya dari cermin syariah dan sunah bagi mencari sebab mengapa mereka mahu dan dibolehkan berpoligami.

“Matlamat murni konsep poligami itu tidak akan dapat dicapai jika lelaki hanya melihat poligami dari sudut nafsu semata-mata,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: