Perkim raikan Abdul Ghani dan Rasiah

ABDUL GHANI (kanan) sewaktu melafazkan ijab dan qabul dihadapan imam dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).



MAHA Suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yasin: 36)

Di dalam syariat Islam, hidup berpasang-pasangan itu terbentuk melalui pernikahan atau perkahwinan.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup antara suami isteri dengan ikatan pernikahan. Nikah itu pula ialah suatu akad (ijab dan kabul) bagi menyatukan lelaki dan perempuan dalam satu ikatan untuk mengharuskan dengan menghalalkan pergaulan dan persetubuhan menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
Pernikahan atau perkahwinan merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW, sebagaimana hadis Baginda maksudnya: “Daripada Aisyah R.a ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku”. (riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)

Baru-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) telah menganjurkan majlis pernikahan saudara Muslim, Abdul Ghani Ganesan Abdullah dengan pasangannya Rasiah Ramos Abdullah di Surau Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada November lalu.

Seramai 50 orang hadir pada majlis tersebut. Abdul Ghani telah menyempurnakan ijab qabul serta lafaz taklik di hadapan imam dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama dua orang saksi.
Ganesan atau nama Islamnya Abdul Ghani, 57 tahun, yang berketurunan India, melakukan syahadah di hadapan Amran Abdullah selaku Pegawai Dakwah dan Kebajikan pada Februari 2001 di ibu pejabat Perkim.

Ghani yang juga seorang peniaga kecil-kecilan berkata, jodoh ajal dan maut terletak di tangan Allah kerana hari yang penuh bermakna ini menemukan dirinya dengan orang yang dipilih oleh-Nya untuk bersama dengan diri beliau.

Ghani mengenali Rasiah sewaktu beliau beberapa kali menuntut kelas pengajian agama Islam di Jawi. Beliau tertarik dengan akhlak, budi bahasa dan nilai-nilai murni yang dipamerkan oleh Rasiah untuk menjadi teman hidup.

Islam: What the West Needs to Know“Rasiah, 47 tahun, memeluk Islam di sini pada Ogos 2001 kerana terpikat dengan cara hidup dan budaya orang Islam di Malaysia berbanding di negara kelahirannya, Filipina” kata Abdul Ghani.

Beliau sebagai seorang suami berhasrat menyempurnakan tanggungjawabnya untuk menyediakan tempat tinggal, memberikan makanan dan pakaian serta mendidik isteri dan anak-anaknya dengan didikan agama.
Rasiah yang bekerja di rumah kebajikan Chesire Home, Selayang amat yakin dengan lelaki pilihannya yang baik budi pekerti dan saling berkongsi pendapat dan ilmu bersamanya.

“Sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu yang ada pada diri suami (Abdul Ghani) menjadi tarikan saya untuk hidup bersama dengannya.

” Saya akan menjaga hak suami dan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak kelak. Insya-Allah,” ujarnya selepas menerima mas kahwin RM80 daripada Abdul Ghani.

Majlis diakhiri dengan solat sunat Syukur dan jamuan makan. Turut hadir Ketua Hal-Ehwal Saudara Muslim Perkim Kebangsaan, Sayyid Musal Al-Kazim.

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: