Takut bermadu?

KISAH minggu lalu tentang bermadu dan berkongsi menarik perhatian Mimizarina untuk berkongsi pengalaman pahit yang dilaluinya. Hingga kini dia masih tidak faham mengapa ramai kaum wanita takut bermadu.

”Sudah bertahun-tahun saya mengikuti ruangan ini rasanya sekali dua saya terbaca kisah wanita yang izinkan suaminya berpoligami, yang lainnya semua akan bertindak sebaliknya, ada juga jadi lebih ganas bila dengar cerita suami ada kekasih haru apa lagi kalau suami melahirkan hasrat hendak kahwin lagi. Mengapa jadi begini?” Itu pertanyaan Mimizarina dalam emelnya.

”Saya berkahwin ketika ber usia 35 tahun. Suami saya sudah pastilah suami orang. Saya kira tentu pembaca dapat menelah masalah yang saya hadapi dengan madu saya di samping memahami masalah suami saya sendiri. Pelbagai ragam dan syarat ditetapkan sebelum hasrat saya berkahwin dengan suaminya dapat diterima. Iaitu izin bersyarat.

”Macam-macam syarat dan masalah diletakkan ke bahu suaminya supaya hasrat kami hendak berkahwin tidak terlaksana. Masalah pertama tentulah soal kewangan, dia bimbang suaminya tak mampu menanggung dua keluarga sedangkan dia sudah ada tiga orang anak.

Kasih-sayang

”Kepada suami saya mahupun saya sendiri itu bukan masalahnya, sebab saya bekerja dan sudah memegang jawatan yang agak tinggi. Jadi masalah berebut duit tak timbul langsung, sebab saya boleh tanggung diri sendiri.

”Lebih daripada itu saya juga memiliki rumah dan kereta sendiri. Jadi di sini jelas unsur-unsur ‘nak mengaut harta’ suaminya tidak timbul sama sekali. Sebab kalau selama ini saya boleh bayar ansuruan kondo dan kereta mewah yang saya miliki, takkan saya tak boleh teruskan selepas berkahwin. Apa yang saya harapkan cuma kasih-sayang dan perlindungan dari seorang suami. Saya ingin menumpang kasih sayang suaminya. Tetapi itu pun tidak diizinkan oleh isterinya, dia seolah-olah takut bahawa saya akan kawal harta dan duit ringgit suaminya, dan merampas kasih sayang suami dan anak-anaknya.

”Oleh kerana suami saya ketika itu masih berkeras hendak memperisterikan saya, dan masih berkeras mahu berpoligami, maka terjadikan pergaduhan antara mereka suami isteri yang berakhir dengan berpisah. Sebab isterinya tak rela bermadu sebab dia takut keselesaan, kesenangan serta kasih sayang suaminya saya rampas.

”Apabila terjadi perceraian maka sudah tentulah saya dipersalahkan dan dipertanggung jawabkan 200 peratus menjadi punca dan penyebab perceraian mereka. Sedangkan isterinya tidak menyalahkan dirinya bahawa dia sendiri yang meminta diceraikan sebab dia tidak mahu berpoligami. Rugikah dia kalau dia dipoligamikan?

”Sebagai manusia, yang dilahirkan dengan unsur-unsur kasih sayang, saya tidak faham mengapa kita tidak merelakan kasih dan sayang suami kita dikongsi bersama orang lain. Sekiranya bimbang suami tidak berlaku adil, bukankah setiap masalah boleh di selesaikan dengan baik kalau dibawa berbincang dan bermuzakarah?

”Lebih teruk lagi bila saya berkahwin dengan suami orang, mestilah ada yang gatal-gatal mulut bertanya “dah tak ada lagi ke orang bujang dalam dunia ini nak dibuat suami?” Masalahnya, bukan tak ada! Tetapi masalah saya setiap kali bercinta dan berkasih dengan orang bujang bagai nak rak dan saya memberi seluruh jiwa raga dan cinta saya kepadanya. Akhirnya saya ditinggalkannya juga dengan pelbagai alasan.

”Ada jugak lelaki bujang yang menolak cinta saya katanya “awak tak layak untuk saya!” sebabnya hanya kerana jawatan dan pendapatan saya lebih besar daripada dia.

”Pada pandangan saya juga, bercinta dan berkasih dengan suami orang tu bukanlah satu kesalahan, bukan juga satu dosa, selagi kita masih lagi menjaga adab dalam perhubungan kita di sisi Allah, kerana saya orang Islam. Dan saya amat berpegang kepada ajaran keluarga saya, berkawan boleh tetapi jangan sampai terlanjur.

”Kini saya masih ada beberapa orang rakan perempuan yang masih belum berumahtangga dan masing-masing takut untuk terlibat dengan lelaki yang berstatus suami. Sebab mereka tidak mahu dituduh perampas. Jauh sekali dituduh hendak merampas harta benda lelaki tersebut. Sedangkan mereka memegang jawatan tinggi.

”Di sini saya ingin bertanya kepada pembaca khususnya kaum wanita sekelian, kalau sudah tak ada orang bujang atau duda yang sudi hendak memperisterikan mereka, salahkah kalau lelaki yang berstatus suami memperisterikan mereka? Tolong jawab!

”Kenapa para isteri menjadi ‘kedekut’ dengan beranggapan suami itu adalah hak mutlak mereka seorang sahaja? Tidak boleh dikongsi dengan wanita lain. Bab inilah yang saya tidak faham sangat. Saya sendiri merelakan mereka untuk bermadu dengan saya, mereka pulak yang tak mahu bermadu dengan saya?

”Namun pada pandangan saya keengganan mengizinkan suami berpoligami disebabkan dua perkara asas; Pertama kerana lemahnya pegangan agama, si isteri tadi, walaupun mereka beragama Islam.

”Kedua, kurangnya kesedaran tentang kasih-sayang yang dikurniakan Allah kepada setiap insan, yang seharusnya dikembang dan disebarkan kepada semua umat-Nya. Sedarkah anda bahawa kasih sayang adalah milik setiap insan. Bukan milik peribadi anda.

”Saya juga nak tanya apakah para isteri semua lebih rela ramai gadis tak kahwin atau jadi andartu daripada berpoligami? Saya faham kalau suami tak mampu memang mereka tak layak berpoligami.” Demikian cerita Mimizarina. [Utusan, Rencana – 06/02/2011]

Dikirim dalam Poligami. 8 Comments »

8 Respons to “Takut bermadu?”

  1. umi@sabah Says:

    saya setuju dengan pendapat dan pendagan d atas.

  2. inas nur haidar rusley Says:

    kalau awak dah berkahwin dan suami awak ingin berkahwin lagi,sanggupkah?jangan cakap x serupa bukun.fahami perasaan perempuan .it’s not about kedekut@lemahnya iman…

    • Lisa Says:

      kpd sape yg menulis kt ats ni.. awak ckp senang.. knape isteri tk benarkn suami berkahwin lain, awk tkde dkt tmpt isteri tu.. btol kate inas nur haidar rusley. semua org blh ckp.. tp nk lakukan boleh ke? jgn pentingkan diri je,utk menumpang kasih. awk tk bayangkn ke bila anak-anak dh besar nanti kwn2 mereka ejek.. ish ayh kamu kawin byk. diorg malu.. timbullah rase sedih dan tertekan diorg. bg si isteri ,org lain akan kate tk pandai jaga suami.. sebab awk tk ade kt tmpt diorg. awak kaum hawa mesti awak faham perasaan kaum hawa.

  3. ema Says:

    bercinta? xtau ke awk bercinta tu haram? awak pun bercinta macam nak rak dgn lelaki. tak sedar halal haram. pastu senang2 bercinta dgn hak orang yang bukan hak die. kalau betul nak poligami, buat la cara islam.ni da terang2 buat perkara haram…

  4. reena Says:

    Memang artikel di atas adalah jawapan kepada org yang merosakkan rumah tangga orang. Saya pernah mengalami ini. Suami saya terlanjur dan berkahwin dengan wanita itu kerana terlanjur. Mereka berkahwin di Thailand. Akhirnya saya mendapat tahu, dan saya memberi kata 2 sama ada ceraikan wanita itu atau saya akan menuntut fasakah atas sebab suami berzina. Maka, suami saya menceraikan wanita itu. Yg memalukan, wanita itu memarahi saya dan mengatakan saya ego. Tak kanlah kita isteri yg setia ini hendak mengorbankan kebhagiaan kita dgn membenarkan pologami, akibat drpd kesalahan mereka yg bersedap-sedapan itu? Mereka yg sedap2, kita yg kene menanggung. Saya sanggup berpisah dgn suami dr berpoligami. Perkahwinan yg bermula dgn zina, tidak akan diberkati. Percayalah.. Saya berbuat sedemikian krn saya ingin menjaga hak saya, anak2 saya dan saya tahu suami saya tidak akan dpt berlaku adil. Sedangkan Rasullullah pun tidak berkahwin 2, Siti Khadijah wafat, baru berkahwin lain..inikan pula seorng kaki zina..Nik Aziz pun tak kahwin 2. Org yg betul2 tau agama tidak akan mau berkahwin 2, dosa diri sendiri pun tidak tertanggung..apatah lg dosa isteri dan anak2.
    Wanita yg menulis entry ini.. jika dia berada di keadaan isteri pertama..dia akan tahu. Moga dia rasa juga suatu hari nanti..baru dia tau langit tinggi ke rendah. kita doakan dia, atau mak dia.. atau adik beradik dia.,, atau anak2 dia kene mcm ni.. baru dia tahu.. sekarang ni dia tak faham.. cuma guna hukum agama ” boleh berkahwin 2′.. apa salahnya.. hukum
    yang menguntungkan.. mau dijadi ikutan.. terang2 si suami dia tidak menunaikan tanggungjawab nafkah sbb dia sudah ada pekerjaan katanya.. dan suami tersebut akan menanggung dosa.. mahukah dia keluar dr kubur nanti senget sebelah??
    Ameen ya Rabbal Alamin.

  5. nana Says:

    Saya fhm situasi awak sbg org baru yg masuk ke dlm keluarga sedia ada. Namun sbnrnya awak telah berkata-kata dgn bongkak kepada perempuan lain. Dengan bongkaknya awak berkata awak tidak perlukan wang drpd suami. Ternyata apa yg awak kata bukan islamik. Tanggungjwb suami adalah menyediakan nafkah zahir n batin kpd isteri dan anak walaupun si isteri mempunyai pendapatan sendiri. Ramai isteri kedua dgn bongkaknya berkata tidak memerlukan tanggungan drpd suami, sdgkn dr segi hukum, syarat berpoligamai adalh suami mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada keluarga yg sedia ada dan bakal isteri walaupun bakal isteri tidak memerlukan. Islam tidak menyuruh isteri menanggung diri sendiri krn mengangkat martabat wanita itu sendiri. Sebenarnya, isteri pertama lebih kenal suami dan tahu kemampuan suami serta kemampuannya berlaku adil, jadi bukankah sepatutnya bakal isteri kedua itu mengambil kira pandangan isteri pertama itu? Jika semua isteri menanggung diri sendiri, apa pula tanggungjawab suami? Seks sahajakah? Dan bagaimana pula jika bakal isteri kedua tidak bekerja? Mengapa situasi itu mesti dibezakan dgn situasi anda? Hukum Islam digunapakai oleh semua umat tanpa mengambilkira kedudukan kewangan seseorang. Baguslah kerana anda bercinta dgn suami org tetapi tidak terlanjur, namun terlanjur kata-kata adalah lebih dahsyat impaknya. Carilah ilmu dan dalami agama terutama hak-hak isteri dlm perkahwinan islam. Jgn hanya krn hendakkn ksh syg seorg lelaki, anda tolak semua hukum yg yg ditentukan syariat dan memandai tentukan ilmu agama perempuan yg anda hendak tumpang ksh syg suaminya!

  6. ira Says:

    saya baru nikah..tp secara senyap utk dua belah pihak…saya dapt jawapan hati..dengan tenang..Allah..family pula tak tahu..dugaan msti bnyk..namun rezeki pun brtmbh..ape yg nk dikatakan adalah…hidup ni adlh sementara..nk berebut tp smpai bila? klu kita yakin dgn takdir n doa..msti kita paham..kita dlm situasi mcm ni..serius sy perkatakan sy brcinta dgn suami selepas nikah..kami kenal dua minggu…jenuh sy halau suami sy menikah sy…sy dihimpit beban dilamar si suami…sbb suami bg alasan dy suka sy cara sy bekerja..1st wife lg smpurna dari sy..tp si suami pesan supaya sy pun jd mcm dy,,,sy muda dari dy 5 thn..sdgkn sumai dlm 40an..isteri2 nya 20an…sy baru tahu suami sy ni ahli perniagaan yg berjaya..tu pun lepas nikah beberapa minggu baru sy tahu..sy paham si suami menikah lagi 1 kenapa…wlpun dy x jelaskan pd sy…ape yg sy mmpu buat pd perkahwinan sy ?setiap malam adalah milik 1st wife…sy bnyk mengalah n sy kne kuat..sy yakin…klu sy mampu bantu suami sy dari segi kewangan..sy akan tolong bntu suami n keluarganya juga n keluarga sy…perit hati ni berkongsi..Allah yg tahu…menangis setiap mlm..Allah yg tahu..ape yg sy mampu buat ? berdoa n menyokong si suami perkukuhkn kewangan..1st wife ade anak2 yg comel..hati ni teringin juga…tapi apa yg sy mampu? mampu usaha daptkan masa yg cukup utk bersama suami…sy mampu positive…si suami berlaku adil…x pe..kita menangis belakang3..Allah ade disisi kita..berusaha dptkn CINTA DARI ILAHI…tu lagi tenang,..insyaa Allah…sy fobia mak sy pun bermadu…kini sy pula…al kisah si suami paham rupanya dia pun dari keluarga bermadu…cuma sy mendoakan si suami bahagia dgn isteri2 nya…berlaku adil….cuba bantu dgn kelebihan yg kita ada..x kira kita bekerja ataupun suri rumah..utk pengumuman kami nikah..dalam perjanjian adalah setahun utk bgthu family sy..dan isteri dy..serta anak3 dy..saya cuba bantu kewangan dia dulu…insyaa Allah saya akan menikah lagi sekali dihadapan isteri dia dan family dan sanak saudara serta kawan3 sy juga….berusaha dan berdoa…:) take positive Allah bg ujian sedemikan rupa..

    • ira Says:

      anak dia..anak saya juga..dunia ni kita sama2 diami…rezeki juga kita usahakan sama2…andai saya disumpah seranah 1st wife…sy mampu letak jawapan pd suami…sy tak suka minta simpati..tapi sy tak suka bergaduh…..masa sy nyawa sy…Allah dh tentukan jodohkan kita takat mana..rezeki takat mana…just berusaha bantu sesama kita… utk KEPENTINGAN GUNI3 kita disana..usaha dan berdoa jodoh kita panjang ke akhir hayat..bersama org yg kita sayang..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: